Sebelum ini, Anwar diuar-uar bertanding di Perak tetapi penyokong setianya di Permatang Pauh memujuknya untuk mempertahan kerusi Permatang Pauh.
Permatang Pauh memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya , Penanti dan Permatang Pasir, dua daripadanya kubu kuat dan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 12.
Anwar pada pilihan raya kecil yang dianggap mother of the by-election dengan mudah menewaskan calon Umno BN, Arif Shah dengan memperoleh 31,195 undi berbanding Arif (15,524 undi) dan Hanafi Mamat dari Akim (92 (undi).
Sebelum ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menang tiga kali termasuk pada PRU 12 sebelum mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada suaminya.
Anwar mendominasi kerusi Parlimen itu sejak 1982, 1986, 1990, 1995 sebelum dipecat dari kerajaan dan dipenjara berikutan konspirasi fitnah.