Isnin, 29 Februari 2016

Tun Dr Mahathir dan Isteri keluar dari parti UMNO

Hari ini Tun Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada parti UMNO. Sebagai protes kepada kepimpinan PM Datuk Seri Najib. Ini adalah kali kedua beliau berbuat demikian. Kali pertama ketika beliau memprotes kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi 2008.
Tindakan beliau ini adalah satu kehilangan kepada parti yang mendominasi komponen BN. Mungkin pemimpin BN sekarang bercakap tak apa pun bekas PM ini keluar parti, namun kesannya pasti ada juga ada pada PRU14 nanti. Kerana bekas PM ini masih ramai pengikut dikalangan anggota parti UMNO. Mungkin juga anggota parti komponen BN yang lain.