Sabtu, 16 Mac 2013

Pelik Tapi Mungkin Benar...

Zulkifeli (right) and Ismail consulting with each other in a press conference.
Macam kurang percaya, tapi lebih baik percaya. Hari ini polis dan tentera menggambarkan mungkin Azzmudie Kiram telah berjaya kembali ke selatan Filipina. Kalau berita atau risikan ini betul, satu lagi tamparan hebat kepada agensi keselamtan negara. Macam mana Azzimudie ceroboh Sabah pun boleh lolos, keluar dari Sabah pun boleh lepas. 


Tapi kadang-kadang agensi keselamatan boleh bertindak efektif pula.

DALAM NEGERI

ARKIB : 02/01/2013

APMM Tawau tahan 43 pendatang tanpa izin di kawasan perairan Semporna

TAWAU 2 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menahan 43 orang disyaki pendatang asing tanpa izin ketika melakukan rondaan di sekitar perairan Semporna pada 30 Dis lalu.
Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapt Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata kesemua tahanan berkenaan ditahan kira-kira jam 10 malam hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dipercayai dalam perjalanan ke Filipina.
Katanya kira-kira jam 10 malam semasa melakukan rondaan, sebuah kapal APMM telah mengesan dan membuat penggeledahan ke atas sebuah bot yang tiada nombor pendaftaran di perairan Semporna.
"Hasil pemeriksaan, didapati bot tersebut disyaki sedang menuju ke Filipina dan kesemua penumpangnya telah gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA































Saya lebih suka berita ini tak benar, penceroboh mesti ditangkap dan dihukum.

Fikir fikirlah....saya yang prihatin anda bagaimana......