Rabu, 10 April 2013

Tarikh Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13.

Sudah tiba masanya warganegera Malaysia tulin dan warganegara mee segera mengundi pada 5hb Mei 2013 nanti bagi memilih kerajaan Malaysia untuk tempoh 5 tahun lagi. Demikian tarikh yang diumumkan oleh pengerusi SPR pagi tadi. 
Apapun tarikhnya, mudah-mudahan rakyat Malaysia tulin amnya berfikir dan sematkan dalam hati siapa mereka bakal pilih. 
Sudah tiba masanya orang bumiputra khususnya, berfikiran seperti orang Cina, jika mereka sudah kata ini mereka tak akan berganjak dengan keputusan mereka, sebab itu undi kaum cina dikategorikan undi penentu. 
Sebab itulah, wujudnya pengundi mee segera untuk mengimbangi undi penentu tadi, jadi sudah tiba masanya kaum bumiputra menjadikan PRU-13 ini untuk membuktikan bahawa Malaysia tidak perlu undi mee segera bagi menentukan kerajaan di Malaysia, buktikan undi kaum bumiputra adalah penentu segala-galanya. Keluar mengundi beramai-ramai.
Fikir-fikirlah, saya yang prihatin anda bagaimana......