Sabtu, 9 Mac 2013

Pusingan U-Turn!



Hari ini, media-media dan bloger BN membuat pusingan U-Turn hasil daripada kenyataan bapa Saiful semalam. Mereka pula menuduh Anwar membayar bapa Saiful untuk membuat kenyataan berkaitan isu Liwat-2. Ada yang memberi tanggapan bahawa Anwar kini dalam keadaan terdesak, sehingga terpaksa membeli bapa Saiful bagi membersihkan nama beliau. Gambar di atas inilah yang digunakan oleh media BN dan bloger mereka, untuk membuktikan bapa Saiful telah di bayar oleh Anwar. 



Tidak hairanlah sebelum ini pun mereka juga kaitkan Anwar dengan pencerobohan di Lahad Datu, hanya dengan menunjukkan gambar pertemuan Anwar dengan Misuari. Tapi akhirnya dinafikan oleh Kesultanan Sulu yang mereka ada berhubungan dengan Pembangkang Malaysia.

Tetapi kebenaran terserlah juga akhirnya, gambar yang kononnya pertemuan Anwar dan bapa Saiful sebenarnya telah dirakam pada tahun 2008. Tak kan Anwar telah berjumpa dengan bapa Saiful pada tahun 2008 untuk buat kenyataan akhbar semalam. Nampak sangat media BN cuba memanipulasi pemikiran rakyat.