Selasa, 12 Mac 2013

Kesempatan Dalam Kesempitan.

BN melalui media propagandanya, seolah-olah cuba menonjolkan bahawa sekarang ini BN adalah hero dan PR adalah pengkhianat dalam kes pencerobohan Lahad Datu. Mereka mungkin tidak sedar atau lupa bahawa orang yang mengkhianati rakyat Sabah ialah menteri KDN sendiri, apabila beliau beri peluang yang terlalu banyak kepada penceroboh tersebut dan menggangap penceroboh itu bukan militan.
Bila sudah ada nyawa terkorban, maka barulah mereka putar balik konon penceroboh tersebut militan. Mereka juga cuba kaitkan insiden di Semporna dengan kes pencerobohan Lahad Datu, walhal kes di Semporna itu penuh dengan persolan yang pihak kerajaan tidak dedahkan. Media propaganda BN sekarang cubalah menggambarkan bahawa pemimpin BN sangat bertanggungjawab. Walhal, mereka tau jika mereka letak tentera, tiada nyawa yang terkorban, sebab itu mereka letak polis kerana mereka tau polis tiada pengalaman menentang gerila macam penceroboh tersebut.