Khamis, 7 Februari 2013

Peranan Yayasan Sabah, ketika dulu. dan sekarang.

Saya masih ingat, suatu ketika dahulu semasa negeri Sabah di bawah kerajaan Berjaya, bantuan-bantuan percuma seperti kasut sekolah, baju sekolah serta susu. Diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah luar bandar. Malah, asrama-asrama yayasan sabah bagi pelajar-pelajar yang kurang kemampuan juga di sediakan di samping pemberian wang saku. Malah wang saku juga diberikan kepada penduduk yang berumur 21 tahun. Saya masih ingat ada dikalangan ibu bapa terutamanya di luar bandar ketika itu mendaftarkan tarikh lahir anak-anak mereka dengan awalkan beberapa bulan atau tahun, dengan harapan anak mereka nanti cepat berumur 21 tahun dan cepat dapat duit saku yang Yayasan Sabah berikan. Itu adalah cara Yayasan Sabah mengagihkan hasil kekayaan bumi Sabah kepada rakyatnya. Tetapi kini, peranan kebajikan Yayasan Sabah semakin hilang sejak BN memerintah di negari itu. Asrama-asrama Yayasan Sabah sudah tidak wujud lagi, begitu juga dengan bantuan-bantuan sekolah lain, terutamanya bagi penduduk di luar bandar. Kenapa perkara sedemikian berlaku? Sedangkan ketika bekas PM berucap di Beaufort di samping Sakaran Dandai, berkempen untuk tumbangkan PBS, mereka berjanji, hasil bumi di Sabah akan ditadbir dengan lebih baik dan banyak lagi bantuan-bantuan rakyat akan disalurkan, kerana menurut bekas PM tersebut negeri Sabah sebenarnya negeri yang kaya dan mampu bersaing dengan Selangor. Kerana Selangor menurut beliau negeri yang terkaya di Malaysia, walhal tiada hasil bumi seperti Sabah. Kerana mereka mendakwa Sabah miskin sebab pemimpin PBS ketika itu bolot hasil Sabah. Tetapi, sekarang ini BN sudah memerintah berapa tahun di Sabah. Mana bantuan rakyat yang mereka janji nak salurkan, kenapa bantuan sekolah bagi pelajar-pelajar pedalaman mereka hentikan. Begitu juga dengan asrama Yayasan Sabah yang didirikan untuk pelajar-pelajar kampung miskin yang belajar di bandar kini terbiar begitu saja. Malah paling sedihnya Sabah masih lagi kekal negeri miskin di malaysia. Apakah mungkin juga sebab pemimpin Sabah bolot hasil bumi Sabah macam mereka dakwa pemimpin PBS dahulu.