Jumaat, 15 Mei 2015

MAQIS - Agensi baru di pintu masuk


Hampir atau tidak semua rakyat Malaysia tau akan kewujudan satu lagi agensi baru kerajaan di pintu masuk iaitu MAQIS. Bukan orang awam saja yang kurang mengenali agensi ini malah di kalangan kakitangan agensi awam yang lain. Termasuklah sebahagaian agensi lain dipintu masuk.

MAQIS adalah satu agensi baru penguatkuasaan kurantin di pintu masuk seluruh Semenanjung dan Labuan. Agensi ini ditubuhkan bagi menyatukan peranan agensi berlainan seperti JPV, Pertanian, Perikanan, Fama dan LKIM di pintu masuk. Dengan harapan memudahkan pengeksport dan pengimport berurusan hanya dengan satu agensi saja.