Sabtu, 9 Februari 2013

Berita panas: Warga Pakistan miliki IC terbongkar


(Oleh Arif Juhani)
SABAH 8 Feb: Seorang lagi pendatang asing yang memiliki kad pengenalan (IC) berstatus warganegara dibongkar oleh sumber bergelar ‘Datuk’ dari Sabah.
Beliau memaklumkan, IC itu beralamat di Kota Kinabalu dan disyaki diperoleh melalui penyelewengan pemberian IC oleh Umno BN.
“Saya dapati pendatang asing berbangsa Pashtun Pakistan itu bukan sahaja memiliki IC tetapi turut memiliki lesen memandu beralamat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
IC“Berdasarkan rupa paras dan pertuturan Bahasa Melayu yang tidak betul dan fasih, disyaki dia mendapat IC secara haram,” menurut butiran yang diemel sumber kepada Keadilan Daily.
Maklumat penyelewengan ini terbongkar selepas pendatang asing itu terlibat dalam insiden jalan raya membabitkan ahli keluarga sumber beberapa hari lalu.
“Berlaku pertengkaran antara ahli keluarga saya dan lelaki tersebut. Ditanya adakah dia memiliki lesen memandu, dengan angkuh dia menunjukkan IC dan lesen memandu.
“Memandangkan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berlangsung ketika ini, dikhuatiri kad pengenalan pendatang asing tersebut juga ada kaitan dengan projek IC yang dilakukan oleh pengkhianat dari Umno BN,” kata sumber yang enggan namanya didedah.
Pada 18 Januari lalu, dua warga asing Pakistan dan India memberitahu inkuiri RCI mengenai pendatang asing di Sabah mengakui mereka mendapat kad pengenalan biru kurang dari 10 tahun selepas tiba di Sabah pada tahun 1980an.
Sebelum itu, dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memberi keterangan RCI itu, mengaku memberi kewarganegaraan kepada pendatang untuk dijadikan pengundi bagi tujuan memenangi pilihan raya.