Dato' Haji Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam (12 Feb 2015, lebih kurang 1230 pm) dipercayai akibat komplikasi jantung.
Sementara itu pada pada 9.40 pm, Tokoh Ulama dan Politik terkenal, yang amat dihormati oleh semua rakyat tak kira bangsa dan agama Mursyidul Am Pas Dato' Bentara Setia Haji Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia, selepas keluar beberapa jam dari HUSM. Allahyarham sebelum itu dirawat selama 25 hari di unit rawatan rapi HUSM kerana menghidap kanser prostat tahap empat.