Jumaat, 13 Februari 2015

Omongan Kecil Ditindas Dengan Bicara Besar


Sebelum ini heboh diperkatakan dalam media arus kerajaan dan media sosial internet tentang harga barang.
Ramai individu berlumba-lumba menonjolkan diri, kalau boleh nak lebih menonjol daripada Dato Menteri Pertanian dan Asas Tani individu yang bertanggungjawab memulakan kempen memboikot orang tengah dalam perniagaan.
Tetapi bila sudah muncul topik yang lebih hangat iaitu keputusan rayuan Dato Seri Anwar Ibrahim, maka topik harga barang tadi jadilah topik hangat-hangat tahi ayam.
Kesudahannnya, harga barang tak turun, tapi mungkin akan naik menjelang perayaan tahun baru cina tidak lama lagi.