Ahad, 8 Februari 2015

5 Punca Bulu Kucing Gugur

Parasit bulu dan kulit.

Kutu, fungus, yis dan hama adalah parasit yang biasa kita temui pada bulu haiwan. 

Ada diantaranya menyebabkan iritasi kulit atau bulu patah. Yang penting, kehadiran mereka menyebabkan bulu haiwan gugur dan perlu diberi rawatan secepat mungkin. 

Mengaplikasikan ubat kutu setiap bulan (bergantung kepada jenis ubat kutu) boleh dilakukan sebagai langkah pencegahan. 

Mengeringkan haiwan kesayangan kita secara menyeluruh selepas mandi, terutama yang berbulu panjang dan menyikat bulu mereka setiap hari untuk mengelakkan matted hair juga adalah penting untuk mengelakkan fungus.

Antara ubat kutu yang berkesan dan selamat digunakan ialah Frontline Spot On Combo.


Hormon. 

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan bulu gugur. Ini dapat dilihat pada haiwan yang sedang miang, mengandung, melahirkan dan menyusukan anak.

Oleh sebab itu, adalah disyorkan pemandulan bagi mengurangkan bulu gugur di masa akan datang.

Ada juga kes di mana haiwan mengalami masalah kanser kelenjar hormon atau kelenjar hormon terlebih aktif, lalu mengakibatkan struktur kulit lemah, dan bulu pun gugur dengan banyaknya.

Dalam kes kencing manis atau diabetes juga, kucing akan mengalami keguguran bulu dan jangkitan kulit. Ini melibatkan hormon insulin.


Nutrisi/ Pemakanan/ Diet. 

Diet yang seimbang adalah penting untuk kesihatan bulu haiwan adalah lebih penting dari kekerapan mandi dan jenis syampu yang digunakan untuk mandi. 

Diet perlulah mengandungi kandungan minyak omega yang mencukupi kerana ini adalah rahsia kepada kulit sihat dan bulu haiwan menjadi berkilat. 

Makanan premium biasanya mengandungi cukup khasiat omega. Jika dikhuatiri makanan yang diberi tidak cukup kandungan omega, bolehlah memberikan haiwan anda supplement yang mengandungi omega.

Contoh suplemen Omega Oil yang boleh membantu masalah keguguran bulu ialah Vetri HBR.

Ada juga kes dimana, kucing mengalami alahan kepada makanan. Makanan yang dapat dikenalpasti kerap mengakibatkan alahan adalah ikan dan makanan laut.

Stres. 

Punca stres seperti sakit, persekitaran yang tidak selesa dan sebagainya boleh menyebabkan bulu haiwan gugur. Dengan mengenalpasti pasti punca stres, kita dapat mengatasi masalah bulu gugur. 

Stres dapat dikurangkan dengan menyediakan persekitaran yang baik dengan kata lain good animal husbandary. Sebaiknya haiwan mendapat vaksinasi dan ubat cacing mengikut jadual supaya mereka tidak mudah jatuh sakit.

Juga menyegerakan membawa mereka mendapat rawatan jika mereka tidak sihat atau abnormal.

Stres dapat dikurangkan di dalam kucing dengan bantuan produk seperti Feliway dan Composure Chews.

Alahan.

Alahan atau alergi adalah keadaan di mana badan kucing terlebih reaktif kepada sesuatu benda, contoh permukaan bercat.

Alahan makanan juga boleh mengakibatkan alergi kulit dan bulu gugur dengan banyaknya. Bagi menghentikan alahan kepada makanan, adalah denan menghentikan pemberian makanan tersebut.

Contoh, jika kucing alergi kepada ikan, maka makanannya perlu ditukar kepada ayam, atau makanan khas seperti Royal Canin Vet Prescripion Diet Sensitivity.