Isnin, 11 Februari 2013

Penonton ‘Gangnam’ kata ‘No’ pada Najib Razak


PULAU PINANG 11 Feb: Ternyata tidak semua yang hadir menyaksikan persembahan artis Pop Korea Selatan, Psy di Pulau Pinang hari ini menyokong BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ia dibuktikan menerusi satu rakaman video pendek menunjukkan orang ramai mengatakan ‘tidak’ kepada Najib ketika perdana menteri itu memberi ucapan di majlis tersebut.
CNy NajibSemasa Najib bertanya  ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) ” ia dikuti dengan sorakan ‘yes’ di kalangan penonton.
Namun ketika Najib berkata ‘ Are You ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?),  penonton beramai-ramai menjawab ‘no’ dengan kuat.
Ramai di kalangan pengunjung juga dilapor memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah- seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.
Malah ada di antara mereka tanpa segan silu memakai baju perhimpunan Bersih di majlis Rumah Terbuka anjuran BN Pulau Pinang itu.
Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata kepada Malaysiakini, beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan menyokong Pakatan Rakyat.
BN sebelum ini dikritik hebat kerana membawa masuk artis yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style itu dengan bayaran lebih RM1 juta, ketika penyanyi tempatan pula dipinggirkan.
Terdahulu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor hadir bersama anak mereka, Ashman dan Nooryana Najwa pada jam 10.48 pagi di padang Kolej Han Chiang.
Mereka disambut persembahan tarian singa dan perarakan Chingay. Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

  

http://www.keadilandaily.com/?p=44786