
Terdahulu, Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hong dipetik berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia terlalu mahal dan perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini. Satu laporan kaji selidik atas talian oleh Ookla Net Index sebelum ini turut meletakkan Malaysia di tangga ke-126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia. Malah lebih teruk, mutu perkhidmatan internet di negara ini ketinggalan di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu. “Bagaimana kita mahu menjadi negara maju jika mutu perkhidmatan instrument penting ini berada di tahap terkebelakang. “Kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana dengan memperbaiki mutu perkhidmatan dan kosnya, bakal memberi manfaat besar kepada rakyat,” kata Fahmi lagi.
Ada syarikat yang telah bertapak dan sudah kaut keuntungan sejak adanya handphone di Malaysia, pun masih mahal caj internetnya.