Selasa, 12 Mac 2013

Tarikh Pilihan Raya Ke 13.

Sahlah agaknya pilihanraya diadakan selepas parlimen bubar secara otomatik pada 24 April 2013 ini. Pada mulanya terfikir juga kenapa 24hb setelah belek belek buku perlembagaan Malaysia, barulah faham bahawa Parlimen bubar setelah genap lima tahun dari tarikh pertama mesyuaratnya pada tahun 2008.


Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.
(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.
(5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen.
(6) (Dimansuhkan).
(7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4) atau Fasal (4A) Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.