Oleh itu, adakah jika PR memerintah maka pakar-pakar ekonomi pun lesap dari muka bumi ini? Sudah tentu PR juga mempunyai pakar-pakar ekonominya untuk membentuk dasar ekonomi kerajaan mereka.
Jadi tak payahlah pemimpin BN beria-ia nak takutkan rakyat pasal bankrap ini. Kerana rakyat sudah boleh berfikir. Kalau dulu kempen menakut-nakut ini berkesan, tapi sekarang sudah tidak berkesan lagi, kerana pengundi muda kian bertambah, sebaliknya pengundi tegar BN iaitu yang kebanyakanya lanjut usia semakin berkurang.
Persoalanya kenapa BN kempen seperti menakut-nakutkan rakyat bahawa menifesto PR itu boleh membankrapkan negara. Mungkin salah satu sebabnya, seperti yang pemimpin BN mungkin sedar bahawa jika BN kalah pada pilihanraya kali ini, peluang untuk mereka bangun semula mungkin akan tertutup buat selama-lamanya. Kenapa jadi begitu, sebab menifesto PR akan menyelesakan rakyat, kerana pada ketika itu kebebasan media membolehkan kerajaan PR
memperbaiki kelemahan mereka dari sehari ke sehari. Bukan seperti yang kerajaan sekarang ini kalau boleh cuba menyembunyikan kelemahan mereka. Atau juga pemimpin-pemimpin BN ini takut, jika PR memerintah kroni-kroni mereka yang akan bankrap. Sebab itu mereka sedaya upaya kaitkan isu bankrap ini dengan menifesto PR.
Sebagai manusia yang ada otak dan mampu berfikir, logik ke PR membiarkan mertabat mereka tercalar kerana menyebabkan negara bankrap. Sudah tentu mereka akan berusaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Jadi fikir fikirlah....saya yang perihatin anda bagaimana..