Ahad, 1 November 2015

JDT menaikkan martabat sukan bolasepak negara.



Sekali lagi pasukan bolasepak JDT membuktikan bahawa mereka adalah satu pasukan yang bertaraf elit dalam kanca bolasepak negara dan juga Asia Tenggara. Kemenangan 1 - 0 keatas pasukan Istikol pada perlawanan akhir piala AFC semalam adalah satu lagi kesinambungan sejarah yang dicipta oleh pasukan JDT untuk diari
bolasepak negara Malaysia. Ini membuktikan usia tidak membatasi dalam membangunkan sesuatu pasukan bolasepak. Pengorbanan, semangat dan keinginan yang sangat mendalam TMJ membangunkan serta memertabatkan sukan bolasepak negeri Johor harus dijadikan contoh oleh seluruh pasukan dalam liga Malaysia, seandainya ada empat lagi pasukan hebat setaraf dengan JDT dalam liga tempatan, sudah pasti Malaysia akan menjadi pasukan yang disegani di rantau Asia Tenggara sekurang-kurangnya.