Selasa, 5 Mac 2013

Akhirnya tentera bertindak.

 
 Pagi tadi tentera mula bertindak terhadap tentera penceroboh. Dengan dimulakan operasi pengoboman oleh tentera udara terhadap kedudukan tentera penceroboh di Kg. Tandou. Sebelum tentera darat memasuki kawasan bagi menangkap saki baki musuh yang masih hidup.image (1)
Susulan daripada operasi tersebut kebanyakannya penduduk Kg. Tandou keluar mencari perlindungan.
Namun perlu diingat, bahawa operasi sebegini kebanyakannya gagal, sebab tentera sulu ini terlatih dalam gerakan gerila. Jika betul kemasukan mereka ini dirancang lebih awal, sudah pasti mereka telah bersedia untuk menantang tentera Malaysia. Kemungkinan besar Kg Tandou ini hanyalah pemetik suisnya saja. Akan ada lagi tragedi-tragedi lain bakal berlaku.