Soalan:
Adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut sebagai orang atau adakah mereka termasuk dalam golongan makhluk halus?
Adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut sebagai orang atau adakah mereka termasuk dalam golongan makhluk halus?
Jawapan:
Makhluk halus yang dikenali sebagai jin, syaitan, iblis, Ifrit dan sebagainya telah jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.
Dalam surah al-Ahqaf ayat 29, Allah
SWT berfirman:
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin dating kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka mengahadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), ‘diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!’ kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan )memberi peringatan dan amaran.
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin dating kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka mengahadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), ‘diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!’ kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan )memberi peringatan dan amaran.
Mengenai istilah orang bunian
ataupun bunian, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah memfilemkan perihal
masyarakat bunian.
Pendapat saya, makhluk ini memang
wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan
suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah
tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.
Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dengan perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Amir atau ‘Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.
Tidak berapa lama selepas itu,
Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor
ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia
mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan
keganjilan.
Dia dituduh membunuh salah seorang
daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia
dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system
keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan
sebagainya.
Khurafah dibela oleh seorang peguam
dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia
membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang
menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka
Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh
musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke
alamnya.
Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:
Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:
Maksudnya: “Khurafah (bercakap) benar.”
Bagaimanapun dalam masyarakat kita,
apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita
menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada
individu yang bernama Khurafah.
Saya menyebutkan kisah ini kerana saya
melihat perkara yang berlaku ini mungkin boleh disamakan dengan masyarakat
bunian. Ertinya, mereka boleh melakukan sama seperti dalam kisah Khurafah
tersebut.
Masyarakat bunian adalah satu
kelompok masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang
menyentuh perihal orang bunian, perkara ini menjadi suatu lagenda masyarakat
Melayu. Sehingga kini masyarakat bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama
yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau,
melaungkan azan, mangaji al-Quan dan sebagainya. Masyarakat Melayu mengaitkan
masyarakat bunian dengan jin Islam.
Islam mengakui kewujudan jin Islam.
Hal ini disebutkan dalam surah al-Jin.surah tersebut menyebut bahawa jin
mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk jalan
yang lurus dan mereka telah beriman. Jin juga mengaku daripada kalangan mereka
ada yang Islam dan ada yang kafir. Oleh itu, memang ada kemungkinan masyarakat
bunian ini seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.
Dalam masyarakat manusia contohnya,
ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat awal Islam pada zaman Rasulullah
SAW di Madinah, itu pun wujud golongan munafik daripada kalangan orang Islam.
Seperti dalam masyarakat kita pada hari ini juga wujud golongan tidak Islam,
Islam fasik, Islam munafik dan sebagainya.
Kesimpulannya, tidak mustahil masyarakat bunian sama seperti masyarakat manusia.
Kesimpulannya, tidak mustahil masyarakat bunian sama seperti masyarakat manusia.
Wallahu a’lam…