Jumaat, 15 Mac 2013

BAHAGIAN STAF PERISIKAN PERTAHANAN (BSPP)




PERANAN

Sejajar dengan dasar pertahanan negara di mana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikehendaki sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi semua bentuk ancaman. Peranan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) merangkumi perkara-perkara berikut:

a.   Merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan dari segi mengumpul, memproses dan menyebarkan bahan-bahan perisikan operasi, strategik dan geraksaraf perangsaraf.

b.   Merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan bagi menentukan keselamatan maklumat, anggota dan harta benda dari kegiatan dan aktiviti penyuluhan, pangkhianatan dan sabotaj yang dijalankan oleh pihak musuh.


TUGAS-TUGAS

Sebagai satu badan yang tunggal dari segi mendapatkan perisikan, ia bertanggungjawab untuk merancang, menasihat serta menyelaras semua sumber-sumber perisikan tentera. Ini meliputi kegiatan-kegiatan Cawangan Risik yang wujud di tiap-tiap perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara. Dalam hubungan ini, jika keadaan memerlukan, khususnya berdasarkan arahan Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan akan merancang dan mengumpulkan perisikan operasi dan strategik daripada:

a.   Sumber-sumber perisikan dari Tantera Darat, Laut dan Darat.

b.   Operasi perang elektronik.

c.   Kegiatan geraksaraf perangsaraf.

d.   Tafsiran foto udara.

e.   Lain-lain sumber di dalam dan luar negeri termasuk dari Penasihat Pertahanan.

f.   Mesyuarat/ seminar pertukaran perisikan dua hala dengan badan-badan perisikan pertahanan dari negara-negara tertentu.

g.   Secara bersendirian ataupun bersama-sama dengan organisasi perisikan yang lain, menjalankan kegiatan operasi perisikan di dalam dan luar negeri bagi memperolehi perisikan yang diperlukan sejajar dengan kepentingan negara. Kegiatan ini hanyalah dilakukan dengan arahan Panglima Angkatan Tentera yang mendapat kelulusan dari Menteri Pertahanan.