Jumaat, 10 Jun 2016

Hillary Clinton wanita pertama menjadi calon Presiden Amerika




Bekas wanita pertama dan juga Bekas Ketua Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton, berjaya mengatasi Bernie Sanders dalam pemilihan calon Presiden US mewakili parti Demokrat.
Beliau berjaya mendapat 2768 delegates melebihi 2383 delegates had yang diperlukan untuk menjadi calon presiden mewakili parti demokrat.

Beliau kemungkinan besar akan menjadi sejarah Amerika sekali lagi andainya berjaya menjadi Presiden Wanita Amerka yang pertama. Tapi pada jangkaannya perkara itu tidak menjadi masalah, sebab lawan beliau dari Parti Republikan Donald Trump terlalu banyak kontroversi ketika beliau berkempen dalam pemilihan parti.

Hillary Clinton juga seperti umum sedia maklum mempunyai hubungan baik dengan bekas ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim. Kemungkinan kemenangan beliau kelak bakal memberi maslah kepada kerajaan BN sekarang. Meskipun PM Najib ada hubungan baik dengan Barrak Obama.

Semua ini bakal terjawab selepas konvenksyen kedua dua parti pada Julai ini. Dengan kedua dua calon presiden bakal memilih regu sebagai timbalan presiden dan kempen bermula sehinggalah pilihanraya sebenar pada 8 November 2016. Januari 2017 seluruh dunia akan tahu siapa Presiden Amerika yang ke 45.