Harimau Selatan bermula garang

Piala pertama JDT musim ini, setelah 29 tahun akhirnya piala sumbangsih milik JDT. Tahniah.

Kemarau Kejuaraan Berakhir

Dahagakan kejuaraan selama 23 tahun, pasukan bola sepak JDT akhirnya ditabalkan sebagai Juara Liga Super 2014. Tahniah TMJ dan JDT

MAQIS

Logo Malaysian Quarantine and Inspection Services, Jabatan baru dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Dua Tokoh Politik Negara Paling Berkarisma

Seorang telah pergi ke rahmatullah dan seorang lagi dikuarantin pengaruh politiknya.

Sultan Johor

Baginda bertitah GST tidak masuk akal

JDT CIPTA SEJARAH BOLASEPAK ASIA TENGGARA

JDT menjadi pasukan bolasepak pertama dari Malaysia dan juga Asia Tenggara merangkul Piala AFC.

PEREYRA DIAZ

Setelah beria ia kembali pada pasukan JDT. Pemain tiada disiplin ini akhirnya belot terhadap pasukan JDT.

Kehilangan MH370 pesawat MAS

Dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8hb Mac 2014. Pesawat yang menuju ke China tersebut membawa 239 penumpang.

Import Keempat Harapan JDT 2016

Pemain yang berasal daripada Argentina ini menjadi pertaruhan dan harapan JDT untuk perkuatkan pasukan.

Zika Virus

Tiba-tiba virus ini menular di seluruh dunia. Malah virus ini memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Ahad, 21 Jun 2015

Satu Kesalahan Besar Menzalimi Haiwan...

PENGENALAN
Kesedaran awam dan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kebajikan haiwan dewasa ini telah meningkat. Bagi menangani isu-isu kebajikan haiwan maka Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berusaha melaksanakan program seperti mempromosikan Amalan Penternakan Haiwan Yang Baik ["Good Animal Husbandry Practice"] dan menganjurkan kempen-kempen menyayangi haiwan. Dalam pada itu, pihak Jabatan juga mengambil tindakan mendakwa mereka yang melakukan kezaliman terhadap haiwan ke Mahkamah.

2.TAFSIRAN HAIWAN
Di bawah seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) "haiwan" bermaksud, sebarang makhluk yang hidup selain daripada manusia dan termasuk mana-mana haiwan, burung, ikan, reptilia atau serangga, samaada liar atau jinak.

3.PERBUATAN MENZALIMI HAIWAN ADALAH SUATU KESALAHAN
(a)Menurut perenggan 44(1)(a) hingga (g), seseorang adalah bersalah melakukan kezaliman terhadap haiwan jika-
(i)secara zalim memukul, menendang, menganiaya, terlebih tunggang, terlebih pandu, terlebih muatan, mendera, memarahi atau menakutkan mana-mana haiwan; atau

(ii)menyebab atau penyebab atau sebagai pemilik membenarkan mana-mana haiwan untuk digunakan sedemikian; atau

(iii)sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap mana-mana haiwan di dalam kurungan atau semasa memindahkannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain, cuai dalam membekalkan haiwan tersebut dengan makanan atau air yang mencukupi; atau

(iv)dengan sewenang-wenangnya atau tanpa sebab yang munasabah melakukan atau meninggalkan apa-apa perbuatan, menyebabkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar kepada mana-mana haiwan; atau

(v)menyebabkan, mengakibatkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk ditahan, diangkut, diangkat atau dibawa apa-apa haiwan dalam cara atau kedudukan yang menyebabkannya kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya; atau

(vi)mengambil bekerja atau menyebabkan atau mengakibatkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk diambil bekerja bagi apa-apa prkerjaan atau tugasan, mana-mana haiwan yang mana disebabkan sebarang penyakit, kelemahan tertentu, luka atau bengkak, atau dalam hal lain tidak layak untuk diambil bekerja; atau

(vii)menyebabkan, mengakibatkan atau membantu bagi melaga atau mengumpankan mana-mana haiwan atau menyimpan, mengguna, mengurus, atau menjalankan atau membantu di dalam pengurusan mana-mana premis atau tempat bagi tujuan, atau sebahagiannya bertujuan, untuk melagakan atau mengumpan mana-mana haiwan, atau membenarkan mana-mana premis atau tempat diselenggara, diurus atau digunakan, atau menerima atau menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana orang menerima, wang bagi membenarkan seseorang untuk masuk ke premis atau tempat sedemikian.
(b)Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM50,000/= atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(c)Pemilik haiwan adalah dianggap telah membenarkan suatu kezaliman sekiranya dia gagal melakukan penjagaan dan penyeliaan yang munasabah dalam melindungi haiwan. 

(d)Di bawah subseksyen 44(3) Akta yang sama, perlakuan atau peninggalan apa-apa perbuatan dalam proses mematikan, atau persediaan untuk mematikan, mana-mana haiwan sebagai makanan untuk manusia adalah TIDAK TERPAKAI bagi kesalahan kezaliman melainkan tindakan mematikan tersebut atau persediaan berkenaan disertakan dengan penderitaan yang tidak berpatutan.
4.KUASA PIHAK BERKUASA VETERINAR
(a)Menurut seksyen 45, mana-mana pihak berkuasa veterinar boleh-
(i)menangkap tanpa warrant mana-mana orang yang dilihatnya melakukan mana-mana kesalahan menzalimi haiwan;

(ii)memberhentikan dan memeriksa mana-mana haiwan di atas jalanraya atau tempat-tempat awam seandainya ia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa satu kesalahan telah atau sedang dilakukan; dan

(iii)MENYITA mana-mana haiwan, kenderaan dan artikel yang ada kaitan dengan kesalahan.
(b) Mana-mana haiwan yang telah di sita hendaklah di bawa ke PAUN ATAU PUSAT VETERINAR dan boleh, tertakluk kepada apa-apa perintah berkaitan haiwan iu oleh seorang Magistrate, DITAHAN di situ sehingga orang kena tuduh dibicarakan.
5.PENGADUAN
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan pelakuan kezaliman terhadap haiwan bolehlah dilaporkan segera kepada Pegawai Penguatkuasa (sebagai Pihak Berkuasa Veterinar) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti di perkara D.

Akta Kebajikan Haiwan Untuk Elak Haiwan Dizalimi

PUTRAJAYA: Kebajikan dan kesejahteraan haiwan di negara ini akan lebih terjamin dengan adanya undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata deraf Rang Undang-Undang (RUU) mengenai akta ini akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Katanya penggubalan RUU ini penting memandangkan banyak laporan mengenai isu kezaliman terhadap haiwan dilaporkan sejak kebelakangan ini.
"Deraf RUU Kebajikan Haiwan ini telah melalui semakan dan penambahbaikan sebelum ia dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Semua langkah yang diambil menunjukkan isyarat jelas kerajaan sentiasa peka dan ingin mendengar setiap pandangan dan cadangan serta menangani masalah yang berlaku dalam masyarakat," kata pada sidang media Isu dan Status Terkini Berkaitan Haiwan Dan Isu Daging Kuda Dalam Campuran Daging Burger dekat sini, Khamis.
Menurut beliau terdapat peraturan-peraturan dalam RUU ini yang melibatkan perlesenan, pendaftaran, peraturan untuk kompaun, kadar fi, pelantikan pegawai kebajikan haiwan dan peraturan mengeluarkan notis peningkatan.
Ia dijangka akan dibacakan pada sesi Parlimen akan datang.
Katanya RUU ini, apabila ia terpakai akan memperuntukkan denda dari RM20,000 hingga RM100,000 bagi kesalahan pertama jika terdapat pihak atau individu didapati bersalah menzalimi haiwan.
Tambahnya, pihaknya juga akan memastikan akta itu nanti akan diselaraskan dengan Akta Binatang 1953 yang baru digubal pejabat Peguam Negara dan menunggu isyarat boleh diguna pakai.
Dr Abd Aziz berkata, Akta Binatang 1953 menetapkan denda maksimum RM50,000 berbanding RM5,000 pada masa sekarang bagi kesalahan menzalimi haiwan.
Mengulas lanjut beliau berkata undang-undang yang lebih tegas ini dibuat untuk melaksanakan perubahan ketara terhadap kebajikan dan kesejahteraan haiwan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dalam negara maju.
"Kita mahu wujudkan masyarakat moden dan prihatin. Tak susah negara lain dah buat.
"Di Australia misalnya kucing tak boleh dilepaskan keluar rumah dan perlu dipakaikan loceng," katanya.
Katanya, peraturan-peraturan mengenai kebajikan haiwan ini bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat dimulakan dengan pendaftaran dan perlesenan.
Bercakap mengenai produk-produk daging import yang didakwa mengandungi campuran daging tidak sepatutnya seperti daging kuda, beliau berkata perkara itu tidak berlaku.
Bagaimanapun bagi meyakinkan orang ramai terhadap produk-produk ini pihaknya akan berkerjasama dengan jabatan-jabatan di bawah beberapa kementerian untuk memberi kemantapan dari segi penguatkuasaan.

Sabtu, 6 Jun 2015

Gunung Kinabalu Dah Bangun

RANAU :- Gempa 6.0 skala richter telah menggegarkan kawasan tengah negeri Sabah pada 05hb Jun jam 7.46 pagi. Kawasan Gunung Kinabalu yang teruk terjejas akibat gegaran tersebut. Diberitakan ramai pendaki yang terperangkap serta telah meragut satu nyawa.



 Sebelum gempa ini berlaku, di puncak gunung Kinabalu pada 30hb Mei 2015, beberapa orang pelancong barat telah buat perkara pelik di puncak gunung tersebut.
Perbuatan pelancong asing tersebut jadi kritikan penduduk tempatan.


Isnin, 1 Jun 2015

20,000 kakitangan MAS bakal hilang pekerjaan


Seperti kata CEO baru MAS Mueller, syarikat penerbangan tersebut secara teknikalnya sudah muflis. Maka nasib 20,000 kakitangan syarikat itu bakal ditamatkan perkhidmatannya.
Jika perkara ini benar, sudah tentu tindakan ini umpama tragedi baru yang menimpa syarikat penerbangan tersebut.