Selasa, 17 Mac 2015

Si Tanggang Politikus.....

Meskipun ada kedengaran suara suara kasar dan bernada keras, daripada MP Sabah, namun itu hanyalah gimik untuk mengendurkan rasa tidak puas hati penduduk Sabah.
Kalau betul mereka ini bersuara dan suara mereka di iktiraf saya tak fikir anak anak muda dari Sabah berpusu pusu cari kerja di Semenanjung.
Sangat jelas perbandingan sosio ekonomi dan pendidikan serta infrastruktur sangat jauh berbeza berbanding negeri negeri di Semananjung.
Apa yang saya rumuskan MP ini bila pilihanraya mereka sanggup jadi pengemis undi, bila mereka berjaya dapat undi rakyat, mereka hidup mewah, orang yang beri mereka kehormatan itu diabaikan inilah sitanggang politikus di namakan.