Harimau Selatan bermula garang

Piala pertama JDT musim ini, setelah 29 tahun akhirnya piala sumbangsih milik JDT. Tahniah.

Kemarau Kejuaraan Berakhir

Dahagakan kejuaraan selama 23 tahun, pasukan bola sepak JDT akhirnya ditabalkan sebagai Juara Liga Super 2014. Tahniah TMJ dan JDT

MAQIS

Logo Malaysian Quarantine and Inspection Services, Jabatan baru dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Dua Tokoh Politik Negara Paling Berkarisma

Seorang telah pergi ke rahmatullah dan seorang lagi dikuarantin pengaruh politiknya.

Sultan Johor

Baginda bertitah GST tidak masuk akal

JDT CIPTA SEJARAH BOLASEPAK ASIA TENGGARA

JDT menjadi pasukan bolasepak pertama dari Malaysia dan juga Asia Tenggara merangkul Piala AFC.

PEREYRA DIAZ

Setelah beria ia kembali pada pasukan JDT. Pemain tiada disiplin ini akhirnya belot terhadap pasukan JDT.

Kehilangan MH370 pesawat MAS

Dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8hb Mac 2014. Pesawat yang menuju ke China tersebut membawa 239 penumpang.

Import Keempat Harapan JDT 2016

Pemain yang berasal daripada Argentina ini menjadi pertaruhan dan harapan JDT untuk perkuatkan pasukan.

Zika Virus

Tiba-tiba virus ini menular di seluruh dunia. Malah virus ini memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Jumaat, 13 Februari 2015

Omongan Kecil Ditindas Dengan Bicara Besar


Sebelum ini heboh diperkatakan dalam media arus kerajaan dan media sosial internet tentang harga barang.
Ramai individu berlumba-lumba menonjolkan diri, kalau boleh nak lebih menonjol daripada Dato Menteri Pertanian dan Asas Tani individu yang bertanggungjawab memulakan kempen memboikot orang tengah dalam perniagaan.
Tetapi bila sudah muncul topik yang lebih hangat iaitu keputusan rayuan Dato Seri Anwar Ibrahim, maka topik harga barang tadi jadilah topik hangat-hangat tahi ayam.
Kesudahannnya, harga barang tak turun, tapi mungkin akan naik menjelang perayaan tahun baru cina tidak lama lagi.

Al Fatihah

Dua tokoh tanahair semalam pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya......takziah diucapkan.

Dato' Haji Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam (12 Feb 2015, lebih kurang 1230 pm) dipercayai akibat komplikasi jantung.

Sementara itu pada pada 9.40 pm, Tokoh Ulama dan Politik terkenal, yang amat dihormati oleh semua rakyat tak kira bangsa dan agama Mursyidul Am Pas Dato' Bentara Setia Haji Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia, selepas keluar beberapa jam dari HUSM. Allahyarham sebelum itu dirawat selama 25 hari di unit rawatan rapi HUSM kerana menghidap kanser prostat tahap empat.


Rabu, 11 Februari 2015

Kemalangan Teruk

Highway Kempas sebentar tadi sesak di kedua dua arah menuju ke EDL Pandan.
Berikutan berlaku kemalangan teruk melibatkan kereta yang terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Selasa, 10 Februari 2015

5 tahun penjara kekal.


Hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke penjara sungai buloh.
Apabila Mahkamah Persekutuan kekal kan keputusan mahkamah rayuan sebelum ini.
Namun pada saya 5 tahun itu akan cepat berlalu, dan pastinya satu lagi pilihan raya kecil bakal berlaku di kerusi parlimen permatang pauh. Hakikat yang bakal kerajaan BN terima adalah tekanan antarabangsa, ini pastinya akan menggugat kedudukan PM sekarang.
Jumpa lagi 5 tahun akan datang, adalah kata kata beliau kepada penyokong di mahkamah persekutuan.
Sedih bila ragam politik begini...

Ahad, 8 Februari 2015

5 Punca Bulu Kucing Gugur

Parasit bulu dan kulit.

Kutu, fungus, yis dan hama adalah parasit yang biasa kita temui pada bulu haiwan. 

Ada diantaranya menyebabkan iritasi kulit atau bulu patah. Yang penting, kehadiran mereka menyebabkan bulu haiwan gugur dan perlu diberi rawatan secepat mungkin. 

Mengaplikasikan ubat kutu setiap bulan (bergantung kepada jenis ubat kutu) boleh dilakukan sebagai langkah pencegahan. 

Mengeringkan haiwan kesayangan kita secara menyeluruh selepas mandi, terutama yang berbulu panjang dan menyikat bulu mereka setiap hari untuk mengelakkan matted hair juga adalah penting untuk mengelakkan fungus.

Antara ubat kutu yang berkesan dan selamat digunakan ialah Frontline Spot On Combo.


Hormon. 

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan bulu gugur. Ini dapat dilihat pada haiwan yang sedang miang, mengandung, melahirkan dan menyusukan anak.

Oleh sebab itu, adalah disyorkan pemandulan bagi mengurangkan bulu gugur di masa akan datang.

Ada juga kes di mana haiwan mengalami masalah kanser kelenjar hormon atau kelenjar hormon terlebih aktif, lalu mengakibatkan struktur kulit lemah, dan bulu pun gugur dengan banyaknya.

Dalam kes kencing manis atau diabetes juga, kucing akan mengalami keguguran bulu dan jangkitan kulit. Ini melibatkan hormon insulin.


Nutrisi/ Pemakanan/ Diet. 

Diet yang seimbang adalah penting untuk kesihatan bulu haiwan adalah lebih penting dari kekerapan mandi dan jenis syampu yang digunakan untuk mandi. 

Diet perlulah mengandungi kandungan minyak omega yang mencukupi kerana ini adalah rahsia kepada kulit sihat dan bulu haiwan menjadi berkilat. 

Makanan premium biasanya mengandungi cukup khasiat omega. Jika dikhuatiri makanan yang diberi tidak cukup kandungan omega, bolehlah memberikan haiwan anda supplement yang mengandungi omega.

Contoh suplemen Omega Oil yang boleh membantu masalah keguguran bulu ialah Vetri HBR.

Ada juga kes dimana, kucing mengalami alahan kepada makanan. Makanan yang dapat dikenalpasti kerap mengakibatkan alahan adalah ikan dan makanan laut.

Stres. 

Punca stres seperti sakit, persekitaran yang tidak selesa dan sebagainya boleh menyebabkan bulu haiwan gugur. Dengan mengenalpasti pasti punca stres, kita dapat mengatasi masalah bulu gugur. 

Stres dapat dikurangkan dengan menyediakan persekitaran yang baik dengan kata lain good animal husbandary. Sebaiknya haiwan mendapat vaksinasi dan ubat cacing mengikut jadual supaya mereka tidak mudah jatuh sakit.

Juga menyegerakan membawa mereka mendapat rawatan jika mereka tidak sihat atau abnormal.

Stres dapat dikurangkan di dalam kucing dengan bantuan produk seperti Feliway dan Composure Chews.

Alahan.

Alahan atau alergi adalah keadaan di mana badan kucing terlebih reaktif kepada sesuatu benda, contoh permukaan bercat.

Alahan makanan juga boleh mengakibatkan alergi kulit dan bulu gugur dengan banyaknya. Bagi menghentikan alahan kepada makanan, adalah denan menghentikan pemberian makanan tersebut.

Contoh, jika kucing alergi kepada ikan, maka makanannya perlu ditukar kepada ayam, atau makanan khas seperti Royal Canin Vet Prescripion Diet Sensitivity.


Tanah Rizab Melayu hilang?

Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu. Tetapi hakikatnya kini setelah 57 tahun merdeka, ia menyusut kepada 12 peratus sahaja.
Penyelidikan yang dilakukan termasuk oleh pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd. Hasrol Haffiz Aliasak membongkar fakta penyusutan keluasan dan realiti terbaharu itu. Ia sesuatu yang mengejutkan dan pasti menggusarkan orang Melayu iaitu tentang Tanah Rizab Melayu, yang dilindungi untuk kepentingan anak cucu bangsa pribumi negara ini.
Satu daripada tujuh wasiat raja-raja Melayu itu menyebut: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."
Amanat raja-raja Melayu itu dimaktubkan dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri mengisytiharkan Tanah Rizab Melayu dan melarang sebarang bentuk penjualan ataupun pajakan tanah itu kepada bukan Melayu.
Secara tidak langsung, ketetapan itu mengukuhkan kedudukan dan kuasa Enakmen Rizab Melayu yang telah wujud seawal tahun 1913 iaitu kira-kira 100 tahun dahulu bagi menjamin pemilikan tanah oleh orang Melayu di bumi milik nenek moyang sendiri.
Wasiat raja-raja Melayu nyata jauh daripada sasaran. Kajian pada 2009 mendapati keluasan tanah berkenaan hanya kira-kira 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keseluruhan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Realitinya, kelemahan pengurusan di peringkat kerajaan negeri menyaksikan banyak tanah berstatus Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya.
Semakin hari semakin mengecil keluasan Tanah Rizab Melayu iaitu daripada keluasan 3.1 juta hektar (23.92 peratus) pada tahun 1931 kepada 1.57 juta hektar (11.99 peratus) pada tahun 2009.
Cukup menyedihkan, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu juga pernah mencatatkan angka yang cukup rendah iaitu 1.30 juta hektar (9.9 peratus) pada tahun 1983.
Mengambil contoh perbandingan berdasarkan negeri, Perak yang pada satu ketika pernah mencatatkan keluasan Tanah Rizab Melayu sebanyak 1.4 juta hektar pada tahun 1921 telah menyusut kepada 309,051 hektar pada tahun 2009.
"Penyusutan berkali-kali ganda ini tidak hanya sebuah negeri sahaja, malah negeri-negeri seperti Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mencatatkan penurunan lebih 50 peratus daripada jumlah asal yang diisytiharkan Tanah Rizab Melayu.
"Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor telah menyumbangkan peningkatan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu sebagaimana disaksikan dalam statistik tahun 1947 namun trend penurunan kemudiannya dapat dilihat di beberapa buah negeri," kata Mohd. Hasrol Haffiz.
Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM.
Negeriseperti Kelantan, bagai­mana­pun, menunjukkan keluasan yang tinggi apabila mewartakan kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan tanahnya di bawah Tanah Rizab Melayu manakala negeri Johor pula memasukkan kesemua tanah Felda dan Felcra di bawah Tanah Rizab Melayu.
Kajian yang dilakukan terhadap negeri Terengganu mendapati, perolehan keluasan yang sedikit kerana negeri itu tidak hanya menggunakan Tanah Rizab Melayu tetapi juga Tanah Pegangan Melayu untuk melindungi kepentingan rakyat negeri tersebut.
Secara rumusannya, kajian beliau mendapati keluasan Tanah Rizab Melayu menunjukkan trend penyusutan ekoran terdapat banyak Tanah Rizab Melayu telah dibatalkan status untuk tujuan pembangunan dan penggantian tidak dilakukan secara serta-merta.
Sama ada melalui pelupusan tanah terhadap Tanah Rizab Melayu milik kerajaan ataupun pengambilan tanah terhadap tanah-tanah milik individu, banyak daripada Tanah Rizab Melayu itu tidak diganti semula seperti dikehendaki oleh enakmen berkenaan.
Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan antara lain meletakkan tanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dengan suatu tanah lain yang sama jenis.
Kuasa pengisytiharan Tanah Rizab Melayu terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat dan perlu dibuat melalui warta kerajaan bertujuan mewujud, membatal, meminda had atau sempadan Tanah Rizab Melayu dan memasukkan tanah ke dalam kawasan tanah rizab sedia ada.
Penangguhan demi penangguhan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu menyebabkan trend penyusutan itu berterusan dan tidak mustahil perkara itu menggugat kepentingan generasi Melayu akan datang.
Amat menyedihkan sekiranya Pihak Berkuasa Negeri terus gagal mematuhi undang-undangnya sendiri iaitu wajib menggantikan mana-mana Tanah Rizab Melayu yang telah dikeluarkan daripada statusnya.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140917/lk_01/Tanah-Rizab-Melayu-hilang#ixzz3R9VHqAba 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015

Hari ini menyaksikan pasukan sepak takraw negara masih lagi berbisa. Kerana sebentar tadi berjaya merangkul kejuaraan Siri Super Istaf 2015 kategori regu lelaki dengan mengalahkan pasukan regu Thailand dengan dua set.
Kemenangan penuh bergaya tersebut telah memadamkan segala kritikan terhadap pasukan sepak takraw negara sejak sekian lama.
Bukan itu saja, badi kekalahan pada Thailand telah di padamkan hari ini.  Tahniah kepada pasukan negara.

Khamis, 5 Februari 2015

Zaid Ibrahim hopes for Anwar’s freedom

PETALING JAYA: Malaysia would be ripe for another political tsunami if Anwar Ibrahim is found guilty of sodomy this February 10, says Zaid Ibrahim in his latest blog posting.

“For the first time since independence,” he writes, “we would be sending someone to prison for five years for what is a moral offence, at best.”

He says the February 10 decision “will tell the world a few things about Malaysia”.

“If the case is acquitted (as I hope it will be), then it means the justice system upholds the basic tenet of giving the benefit of reasonable doubt to the accused. Much has been made about why Anwar’s alibis did not materialise or why he elected to give his statement from the dock and not under oath. But those are his choices and he has a right to make them. We may draw any inference from them that we want but they do not amount to evidence against him.

“The primary evidence, on the other hand, is all in tatters. The DNA samples were tampered with, although some will point out that what was tampered with or torn was just the plastic bag the samples were kept in and not the samples themselves. Well it’s clear that the person who was responsible for this tampering was a policeman investigating the case, and not a chemist or someone not involved with the prosecution.

“I hope the judges will view the investigating officer’s conduct with suspicion and draw an adverse inference on this point and release Anwar Ibrahim. A good criminal lawyer can give other valid reasons why he should be acquitted.”

He says it would be wrong to condone a guilty verdict on Anwar and at the same time not be revolted by the way Altantuya Shaariibuu was murdered.

“How can we feel no necessity to explore the motives behind the heinous killing?”

Zaid supports a public inquiry into the murder. “It can reveal to us how the system of government operates, as well as how the police and our justice system will manage such cases— where there is some connection to top leaders—in future.

“Understanding what happened to Altantuya holds the key to understanding many things that are wrong with our country.”

He suggests an inquiry panel made up of retired judges to carry out a detailed examination of the case.

“It’s unlikely that any key witnesses will come forward with any new information, and this panel will not have the powers to compel attendance,” he says. “Still, such an inquiry can help lift, even if only slightly, the cloak of secrecy that engulfs our government.

“Critics will say that this inquiry will only be able to unearth hearsay and double-hearsay. They will label it all rubbish speculation to a straightforward murder. It’s true that such an inquiry may not reveal the whole truth or bring us any closer to know the motives or circumstances of Altantuya’s murder. But the inquiry is not aimed solely at discovering what happened to Altantuya; more importantly, it’s to show that the secrecy by which this government operates will not be tolerated by the people of this country.

“It’s an opportunity to show that there are enough Malaysians who are willing to stand up to accomplish this. If the people of this country have the conviction to want a democracy, transparency and accountability, and feel enough revulsion for the current secret style of governing, then Altantuya would have contributed immensely to the cause.

“Let’s not let her death be in vain. Let’s have a public inquiry funded by the public for the benefit of the public, so that one day we will have a government that is willing to explain anything strange that may happen. At the moment they do not have to, because we the people tolerate secret operations and a secret system of government.”

From FMT

Selasa, 3 Februari 2015

Veterinar - Cara - cara diagnosa

1. Melalui pemeriksaan klinikal
   : mengambil latar belakang kes.
   : keadaan alam sekitar.
   : pemeriksaan fizikal haiwan.

2. Pengambilan sampel yang berkaitan penyakit;
: sampel tinja, darah, calitan darah, rectal pinch, kikisan kulit, biopsy dll.

3. Melakukan ujian sampel ;
: pengiraan telur parasit( cacing), serum agglutination test, staining dll.

4. Membuat post mortem serta hantar sampel yang berkaitan.

5. Membuat kebarangkalian diagnosis dari tanda tanda klinikal atau post mortem.

6. Melalui pengalaman dan kemahiran dalam menjalankan tugas.