Jumaat, 30 Januari 2015

Ringgit terus jatuh

Sejak tahun lepas, sehinggalah ke hari ini nilai ringgit terus lemah berbanding dolar Amerika.
Tidak hairanlah kerajaan terpaksa menilai semula kadar pertumbuhan ekonomi negara tahun ini.
Kejatuhan RM seiring dengan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa di mana Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak akan terkesan dengan penurunan harga minyak kerana pendapatan daripada hasil eksport minyak ke luar negara dan juga pendapatan melalui dividen, cukai dan royalti daripada syarikat minyak negara Petronas akan merosot seterusnya meningkatkan risiko sasaran defisit 3% berbanding KDNK tidak akan tercapai.
Sudah tentu yang akan terjejas ialah sandaran bon selain aktiviti import eksport negara. Akibat daripada sasaran defisit fiskal yang mungkin tersasar itu, pelabur mula menarik keluar modal pelaburan (portfolio) daripada pasaran modal Malaysia seperti pasaran saham dan bon.
Pelabur-pelabur asing mula menarik keluar pelaburan portfolio (saham, bon, matawang) dari Malaysia contohnya seperti yang dilaporkan MIDF Research menyebakan RM jatuh pada paras terendah sejak 2009 BERBANDING US Dollar.


Kesan penurunan nilai Ringgit juga agak ketara pada kuasa beli rakyat. Ini boleh menyebabkan sedikit penurunan permintaan domestik atau perbelanjaan (consumption) kerana barangan dan perkhidmatan tempatan dan juga yang diimport semakin mahal seterusnya menyumbang kepada kelembapan ekonomi.
Meskipun kejatuhan RM akan memberi kesan positif kepada eksport negara kita tetapi kesan penurunan RM kepada eksport hanya terhad kepada barangan atau produk yang sensitif kepada harga (price sensitive) seperti komoditi termasuk minyak mentah, minyak kelapa sawit, produk minyak sudah ditapis dan lain-lain.
Setakat ini RM yang jatuh tidaklah dikategorikan sebagai terlalu berlebihan sehingga akan menyebabkan krisis kewangan dan ekonomi pada akhir 90-an yang dahulu.
Seandainya keadaan ini terus berlarutan, saya tidak menolak andaian kerajaan mungkin ambil beberapa langkah drastik termasuklah fix kadar tukaran mata wang.
: