Harimau Selatan bermula garang

Piala pertama JDT musim ini, setelah 29 tahun akhirnya piala sumbangsih milik JDT. Tahniah.

Kemarau Kejuaraan Berakhir

Dahagakan kejuaraan selama 23 tahun, pasukan bola sepak JDT akhirnya ditabalkan sebagai Juara Liga Super 2014. Tahniah TMJ dan JDT

MAQIS

Logo Malaysian Quarantine and Inspection Services, Jabatan baru dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Dua Tokoh Politik Negara Paling Berkarisma

Seorang telah pergi ke rahmatullah dan seorang lagi dikuarantin pengaruh politiknya.

Sultan Johor

Baginda bertitah GST tidak masuk akal

JDT CIPTA SEJARAH BOLASEPAK ASIA TENGGARA

JDT menjadi pasukan bolasepak pertama dari Malaysia dan juga Asia Tenggara merangkul Piala AFC.

PEREYRA DIAZ

Setelah beria ia kembali pada pasukan JDT. Pemain tiada disiplin ini akhirnya belot terhadap pasukan JDT.

Kehilangan MH370 pesawat MAS

Dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8hb Mac 2014. Pesawat yang menuju ke China tersebut membawa 239 penumpang.

Import Keempat Harapan JDT 2016

Pemain yang berasal daripada Argentina ini menjadi pertaruhan dan harapan JDT untuk perkuatkan pasukan.

Zika Virus

Tiba-tiba virus ini menular di seluruh dunia. Malah virus ini memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Selasa, 15 Julai 2014

Kerap sangatlah pula?

   Ada apa dan kenapa di Sabah? Satu persoalan yang menjadi tanda tanya umum selepas beb
erapa siri kejadian penculikan berlaku di Negeri Di Bawah Bayu tahun ini.
Ramai yang kebingungan dengan tiga kes penculikan dalam tempoh tiga bulan sejak April di Sabah, negeri yang dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan menjadi tumpuan destinasi pelancongan marin khususnya di kalangan warga asing.
Insiden penculikan yang berlaku sedikit sebanyak mencalar imej Sabah ketika negara mengalu-alukan kedatangan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini berkata insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan, terutamanya pelancong dari China berbanding kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak Mac lepas.
ANCAMAN MEMBIMBANGKAN
Tentunya masih ramai yang ingat akan tragedi pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang meragut 10 nyawa anggota pasukan keselamatan pada 12 Feb tahun lepas.
Tragedi pencerobohan yang mengundang rasa trauma, takut dan pilu menerjah kembali perasaan rakyat negara ini berikutan tiga kes penculikan berlaku di kawasan pantai timur Sabah.
Kes-kes penculikan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ini boleh menjadi ‘virus’ yang meresahkan rakyat jika tidak ditangani dan diatasi segera.
Selain ancaman pengganas dan penculik, penglibatan ‘orang dalam’ yang mendalangi kes penculikan juga perlu dilihat sebagai ancaman serius yang membimbangkan dan jika tidak dibendung, pasti memudaratkan negara.
ORANG DALAM
Apakah kes-kes penculikan ini berlaku berikutan elemen kekeluargaan kepada individu tertentu untuk menyalurkan maklumat kepada pihak penjenayah?
Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim tidak menafikan wujudnya elemen kekeluargaan sehingga mendorong seseorang individu itu menyalurkan maklumat kepada pihak lain.
“Mereka mungkin memberi maklumat dalaman contohnya mengenai status seseorang individu serta lokasi mereka yang dikehendaki itu. Oleh itu saya melihat manusia kini juga telah menjadi satu komoditi kepada mereka (penculik) untuk mendapatkan sumber kewangan,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau turut berpendapat bahawa kes-kes penculikan itu turut mempunyai hubung kait dengan usaha untuk mencetuskan ketidakstabilan kepada kerajaan dan negara.
“Kalau kita hanya melihat kes penculikan yang berlaku di Sabah semata-mata sebagai jenayah, maka ia akan terus berlaku. Ini adalah usaha untuk nyah stabilkan kerajaan dan mengancam kestabilan negara,” katanya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dilaporkan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan agensi-agensi perisikan peringkat antarabangsa memantau anggota masing-masing bagi mengelak wujudnya tali barut.
Katanya kes terbaharu ialah penangkapan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan.
“Ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah seorang anggota polis Cawangan Khas ditangkap kerana dipercayai memberi maklumat dalaman,” kata Ahmad Zahid.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Mohammad Mentek pula dilapor berkata bahawa kejadian penculikan terbaharu di timur Sabah pada 17 Jun lepas mungkin didalangi oleh orang dalam memandangkan penjenayah mengetahui selok-belok kawasan itu.
Dalam kejadian itu pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun, 32, dan seorang lelaki kaum Suluk yang dikenali sebagai Mazlan, 20-an dilarikan dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata.
Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China dan pekerja resort warga Filipina diculik di sebuah resort di Semporna.
PERUNTUKAN KEPADA PASUKAN KESELAMATAN
Kamal Affendi juga melihat kekurangan peruntukan untuk membolehkan pasukan keselamatan seperti PDRM dan ATM memiliki aset terkini dan moden juga menyebabkan kenapa perairan negara mudah dibolosi.
Mengulas lanjut, beliau berkata aset terkini dan canggih adalah suatu keperluan kepada pasukan keselamatan bagi mengupayakan kecekapan mereka menangani musuh dengan lebih efektif.
“Kalau kita menggunakan bot yang kuasa kudanya (hp) rendah iaitu di bawah 200hp, sudah tentu kita tidak dapat memintas penculik yang menggunakan bot laju 200hp. Itu kekangan dan adalah tidak wajar kita menyalahkan pihak pasukan keselamatan semata-mata,” katanya.
Beliau berkata Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman wajar melihat perkara ini dengan lebih serius dan bersedia menambah peruntukan untuk operasi ESSCom yang meliputi kawasan pantai sepanjang kira-kira 1,700km dari Kudat ke Tawau.
“Keperluan untuk membeli aset baharu dan penambahan bilangan anggota oleh pasukan keselamatan sewajarnya disokong supaya penguatkuasaan lebih efektif,” katanya.
ESSCom yang diwujudkan pada 1 April tahun lepas merupakan agensi penyelaras operasi agensi keselamatan dan pertahanan – PDRM, ATM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pegawai Awam di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Antara matlamat utamanya tujuan memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
KONFLIK NEGARA
Timbul persoalan, adakah keamanan Malaysia dicemburui negara lain sekaligus cuba mencetuskan konflik yang memberi imej tidak baik kepada negara?
Tidak menolak pandangan tersebut, Kamal Affendi berkata ketidakstabilan negara jiran berikutan konflik antara Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang akan membentuk wilayah merdeka yang dinamakan Bangsamoro, menyebabkan Sabah menjadi mangsa keadaan.
“Kumpulan ini saya percaya menjadikan kes penculikan seperti ini sekadar untuk mendapatkan wang bagi membolehkan mereka membeli senjata dan membiayai peperangan. Sumber kewangan yang mudah adalah dengan menculik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memasukkan elemen mengenai keselamatan di dalam setiap risalah pelancongan.
“Dalam kita mempromosikan tempat pelancongan kepada pelancong, masukkan juga maklumat mengenai keselamatan, nombor telefon balai polis berhampiran, bomba dan sebagainya serta siapa orang yang boleh dihubungi dengan pantas jika berlaku kecemasan,” katanya.
Sementara itu, Kamal Affendi yang baharu pulang dari Sabah menyifatkan Negeri Di Bawah Bayu itu masih selamat dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara.
**Hakikat yang terpaksa ditanggung, semuanya bermula dengan I.C untuk PATI.

Sabtu, 12 Julai 2014

Hanya satu jenaka sahaja bukan jenayah.....

Politik wang apa kesudahannya.............

Sabtu, 5 Julai 2014

Kembali Ke Rahmatullah...

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.


Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.