Ahad, 9 Mac 2014

Mesteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 di udara.


Sesuatu di luar jangkaan, negara sekali lagi menghadapi satu tragedi tragis  apabila pesawat penumpang milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang daripada radar ketika penerbangannya menuju ke China pada hari Sabtu 8hb Mac 2014. Ketika blog ini ditulis, kehilangan MH370 sudah melebihi 24jam. Dan masih belum dapat dikesan tempat pesawat tersebut jatuh ataupun terhempas, nasib 239 penumpangnya masih belum diketahui.

Beberapa spekulasi timbul atas kehilangan pesawat tersebut, tapi tidak dapat disahkan lagi. Umpamanya mesteri penggunaan passport yang hilang di Thailand. Serta kegagalan pilotnya menghantar isyarat kecemasan meskipun dikatakan pilot pesawat tersebut adalah pilot yang paling berpengalaman.