Jumaat, 14 Mac 2014

Peristiwa Penting Dalam Negara sebelum MH370 hilang.

1. Kuala Lumpur, 11 March 2014. Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini dijatuhi hukuman denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah diatas tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 2009. 

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas selesai mendengar rayuan terhadap keputusan yang dikemukakan oleh peguam Sangeet Kaur dan Gobind Singh dan Timbalan Pendakwa Raya Norin Badarudin. 

Karpal Singh, 73, didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009 bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan Pelantikkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di Mahkamah. 

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya. Beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang antaranya Lim Guan Eng, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Mat Sabu hadir bersama ketika perbicaraan tersebut berlangsung. -UtaraNews.com.


2. Kini giliran PM Najib penjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dalam tuduhan liwat Saiful. Ini jawab Anwar tentang perkara tersebut yang dipetik dari Free Malaysia Today.
Fakta; DASI pernah dirawat tulang belakang, ironinya 'kes liwat'. 
“It’s all over again after 15 years. They want to put me in the lockup. That’s why they want to go ahead with the mitigation,” kata Anwar kepada pemberita.
Berita dari Malaysiakini
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata sabitan terhadapnya hari ini adalah untuk memastikan beliau tidak boleh bertanding di Kajang.
Katanya, yang cukup menariknya ialah pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah membuat rujukan khas kepada Kajang dalam mitigasi.
“Peguam saya telah diminta mengosongkan tarikh 7-10 April, dan tarikh-tarikh ini telah dibawa ke hadapan kerana ini (Kajang),” katanya.
“Karpal mempunyai perbicaraan kes bunuh pada hari Khamis dan dia telah diminta mengosongkan tarikh itu untuk perbicaraan ini,” katanya.
Ditanya apa yang akan berlaku kepada Kajang tanpanya, ahli politik yang berusia 66 tahun itu berkata, kawasan pilihan raya itu akan menjadi lebih kuat.
Sambil ketawa Anwar berkata beliau yakin partinya akan menjadi lebih kukuh lagi kerana “bos mereka dalam kepayahan”.
“Saya secara peribadi akan ke sana dan berkempen bagi memastikan kemenangan,” katanya.
Gambar Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya mampu mengalirkan air mata apabila mahkamah memutuskan Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan Liwat II.