Jumaat, 14 Mac 2014

Pelbagai Cerita Negatif Disebalik Kehilangan MH370.

                                            Bermula dengan kehilanagan MH370 dari radar.

Kemudian timbul pula dua orang rakyat Iran menaiki pesawat tersebut dengan menggunakan passport palsu.


Timbul pula cerita ketidakpuasan hati keluarga penumpang China tentang cara MAS kendalikan kes MH370.
Dalam kekalutan pasukan mencari MH370, keluar pula cerita bahawa pembantu juru terbang MH370 pernah mempelawa pelancong dari Afrika Selatan masuk ke kokpit pada tahun 2011.
Di samping itu kerana berlaku pencaggahan di mana sebenarnya MH370 terakhir dikesan, maka pihak Vitenam telah dilaporkan mengurangkan penggunaan pesawatnya untuk mencari MH370.

Di hari keempat keluar pula cerita 'Raja Bomoh" yang menggunakan beberapa kaedah syirik dalam upacara ritualnya di KLIA konon boleh kesan MH370. Lawa ini sekaligus menjejaskan lagi imej negara.
Pada hari kelima, pasukan penyelamat mula memberi tumpuan ke selat Melaka pula bila dikatakan kali terakih MH370 di kesan oleh radar TUDM di kawasan Pulau Pinang.


Masuk hari keenam, China keluarkan imej stalit dikaitkan dengan MH370. Bila APMM ke kawasan imej tersebut, tiada objek dikesan. Kemudian China keluarkan kenyataan berlaku kesilapan.

Selapas ini apalah pula cerita-cerita negatif tentang tragedi ini.