Selasa, 25 Mac 2014

Akhirnya Terjawab Pengakhiran MH370.

mh-najibumum513

BERIKUT KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan kiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka dapat menentukan dengan lebih jelas laluan penerbangan MH370 itu.
 
Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
 
Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan (yang berkemungkinan).

Oleh itu, dengan kesedihan yang mendalam bahawa saya mesti memberitahu anda, menurut data terbaru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
 
Maklumat lanjut akan diberitahu dalam satu sidang akhbar esok. Sementara itu, kami mahu memberitahu anda mengenai perkembangan terbaru ini pada kesempatan pertama.

Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan rasa hormati kepada ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini.
 
Malaysia Airlines telah memberitahu keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan terbaru ini.

Bagi mereka, beberapa minggu lalu cukup menyayat hati, saya tahu berita ini pasti lebih sukar lagi. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa yang sukar ini.-24/3/2014

Dipetik daripada agendadaily.