Khamis, 7 Mac 2013

Bila Pembangkang kuat di Sabah, Skrip berbeza, jalan cerita pun berbeza tapi mesejnya sama!

1986, watak-wataknya, pendatang asing Filipina(majoriti kaum Suluk), Polis dan BN.
Jalan ceritanya, PBS menang pilihanraya 1985 menewaskan Parti Berjaya(BN), pendatang asing tersebut pun keluarlah kejalan raya sekitar Kota Kinabalu buat rusuhan, kedai kedai di pecahkan, orang tempatan di pukul serta bom meletup sana sini. Polis gagal mengawal situasi apa-apa pun. Hasilnya

-rusuhan 48 hari
-letupan bom
-bakar masjid
-5 terbunuh
-palang salib di masjid
-39hari perintah berkurung


Lihat video berikut;



Kesimpulannya, mereka ini sanggup mati asalkan parti sekarang ini terus memerintah. Kerana di penghujug rusuhan tersebut, tidak perlu pun tindakan polis, cuma pemimpin pemerintah saja turun ke KK maka perusuh ini pun bersurai secara sukarela. Maka pemimpin tersebut pun berkata bahawa rakyat Sabah harus tau, hanya BN yang boleh kekalkan keamanan di Sabah.

Begitulah jalan ceritanya pada ketika itu.