Rabu, 13 Mac 2013

PENGUATKUASAAN PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT DAN EKSPORT) 2012

 1 Mac 2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia  akan  menguatkuasakan  Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport) 2012. Didalam  Jadual Ketiga/ Bahagian 1 perintah tersebut, semua permit import dan eksport  Tumbuhan, Binatang, Ikan, Unggas dan Keluaran Pertanian akan dikeluarkan oleh MAQIS.  Walaubagaimana pun, beberapa penyelarasan masih perlu dibuat bersama jabatan dan agensi terlibat bagi membolehkan  Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) digunakan dalam menguatkuasakan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport) 2012. Untuk itu pihak kami memohon agar pihak pengimport dan pengeksport yang ingin memohon permit/lesen import dan eksport untuk komoditi pertanian di Jadual Ketiga/ Bahagian 1, sila berurusan dengan jabatan pengeluar permit (Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, LKIM dan FAMA) kecuali permit ikan hidup. Pihak MAQIS akan memaklumkan status  penggunaan permit MAQIS kepada pengimport dan pengeksport dari masa kesemasa.