Rabu, 13 Mac 2013

Conversation With The PM-New Straits Time


Rancangan tersebut telah disiarkan melalui TV3 semalam. Kurang pasti pula itu siaran langsung atau pun rakaman. Tapi yang pasti macam dirakam dahulu. Apa yang dapat disimpulkan, bila rancangan dirakam, maka semua soalan pun macam soalan budak sekolah. Jawapan pun ala-ala juga.
Hakikatnya yang pasti semua itu adalah sendiwara belaka. Kondem menifesto orang lain, bila ditanya menifesto BN nak jawab pun tak yakin. Sebab yang pasti BN takut nak buat janji lagi, kerana mereka tau mereka tidak akan dapat tunaikan apa yang mereka janji.
Berkaitan dengan menifesto PR, PM seperti memperlekehkan kemampuan PR merealisasikan menifesto mereka. Beliau beri contoh negeri Selangor. Tapi mungkin beliau lupa, bahawa PR memerintah beberapa negeri baru 5 tahun. Itu pun dah ada perkara positif berlaku dalam mengurangkan bebanan rakyat. BN sudah bertahun-tahun memerintah, apa yang mereka lakukan menambahkan lagi bebanan rakyat, seperti AES, GST, peningkatan tarif utiliti dan harga barang. Malah paling teruk sekali ambil duit pencen tentera, bila berperang kat Lahad Datu, orang yang ambil duit tentera banyak-banyak itu tak nampak pun batang hidungnya.
Malah bagi IC percuma kepada PATI, terutamanya dari Filipina. Bila dah menceroboh bawa senjata ditembak mati rupanya ada ic, ic siapa bagi Malaysia juga.

Jadi fiki-fikirlah, saya prihatin anda bagaimana.......