Harimau Selatan bermula garang

Piala pertama JDT musim ini, setelah 29 tahun akhirnya piala sumbangsih milik JDT. Tahniah.

Kemarau Kejuaraan Berakhir

Dahagakan kejuaraan selama 23 tahun, pasukan bola sepak JDT akhirnya ditabalkan sebagai Juara Liga Super 2014. Tahniah TMJ dan JDT

MAQIS

Logo Malaysian Quarantine and Inspection Services, Jabatan baru dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Dua Tokoh Politik Negara Paling Berkarisma

Seorang telah pergi ke rahmatullah dan seorang lagi dikuarantin pengaruh politiknya.

Sultan Johor

Baginda bertitah GST tidak masuk akal

JDT CIPTA SEJARAH BOLASEPAK ASIA TENGGARA

JDT menjadi pasukan bolasepak pertama dari Malaysia dan juga Asia Tenggara merangkul Piala AFC.

PEREYRA DIAZ

Setelah beria ia kembali pada pasukan JDT. Pemain tiada disiplin ini akhirnya belot terhadap pasukan JDT.

Kehilangan MH370 pesawat MAS

Dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8hb Mac 2014. Pesawat yang menuju ke China tersebut membawa 239 penumpang.

Import Keempat Harapan JDT 2016

Pemain yang berasal daripada Argentina ini menjadi pertaruhan dan harapan JDT untuk perkuatkan pasukan.

Zika Virus

Tiba-tiba virus ini menular di seluruh dunia. Malah virus ini memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Haji


Sekadar gambar hiasan
Hari ini bertempat di Taman Impian Emas, empat ekor lembu di korbankan, dan dagingnya kemudian di sedekahkan kepada semua penduduk taman tersebut. Aktiviti menyembelih dan melapah dilakukan dari pukul 9 pagi. Paling menariknya walaupun saya tidak tinggal di kawasan taman tersebut, saya juga sempat menyelitkan diri turut serta melapah lembu. Daripada pengalaman saya tadi, bab melapah mudah, yang rumit sedikit adalah proses nak menumbangkan lembu sebelum disembelih.

Rabu, 24 Oktober 2012

Parlimen 'meletup' pegawai kastam beli-belah RM1.8j


  • Nigel Aw    Malaysiakini
  • 6:46AM Okt 24 2012
 
Apa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional  semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.

NONEFong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan 
jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang.

Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis. 

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.

Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.

Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit. 

Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik.

Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?

Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?

Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.

Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.

NONEIni menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah 
tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".

Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.

Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.
Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.

Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan.

Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.

"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi  yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya.

'Saya kurang sihat'
Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.

Chong Eng: Aiya, apa ini!

Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.

Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran

Awang: Saya demam...

Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini

MP Umno dakwa individu terima 1 juta saham Felda


  • Abdul Rahim Sabri  Malaysiakini
  • 12:54PM Okt 24 2012
 
Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding  (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.

Najib mesti jawab bagaimana George Kent dapat projek LRT


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 23 Oktober: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoal mengapa George Kent boleh menang projek LRT sedangkan syarikat itu mendapat markah rendah dalam penilaian laporan Kementerian Kewangan.
Menurutnya, syarikat perunding kejuruteraan telah tulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 memaklumkan hasil penilaian bidaan oleh Perolehan Kementerian Kewangan yang dipengerusikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“Setelah kita teliti, George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, tidak ada pengalaman dalam projek rel atau LRT, malah mendapat tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu lagi.
“Penilaian itu juga menyebut George Kent mendapat purata markah yang rendah dari syarikat lain, dan tidak diyakini untuk mengendali projek tersebut,” jelasnya pada perbahasan di Parlimen hari ini.
Hasil laporan memperakui George Kent tidak berjaya dalam bidaan tersebut, turut ditandatangani oleh tiga ahli jawatankuasa terbabit.
“Tapi apa yang berlaku, apabila pengumuman dibuat, George Kent yang berjaya mendapat projek tersebut, ini memerlukan penjelasan dari pihak Kementerian Kewangan,” kata Saifuddin.
KEADILAN sebelum ini melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Kent.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38375

Bajet defisit 15 tahun berturut-turut, negara di ambang musnah – Anwar


(Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 24 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut sejak 1998 dan berkemungkinan berlanjutan hingga 2015 ekoran salah urus tadbir dan rasuah berleluasa.
“Negara mengalami defisit 15 tahun berturut-turut sejak saya dipecat pada 1998 hingga 2012. Dalam Bajet 2013 yang sedang kita bahas juga mengalami defisit. Dijangka berterusan sehingga 2015 dan mungkin seterusnya,” katanya dalam laporan perbahasan bajet Kementerian Kewangan.
Anwar berkata, hutang negara tidak termasuk jaminan hutang sudah mencecah RM476 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP) pada penghujung 2011.
“Ini amat mencemaskan kerana hampir mencecah 55 peratus daripada KDNK iaitu paras bahaya sesebuah negara sebelum terjerumus dalam kebankrapan seperti Greece,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus.
“Bandingkan prestasi ini dengan Menteri Kewangan sekarang yang disandang Datuk Seri Najib Razak dari 2009 hingga 2011 yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja,” katanya.
Syorkan Turki sebagai model untuk reformasi ekonomi, politik
Membandingkan dengan Turki sebelum ini, Anwar berkata, negara tersebut hampir muflis disebabkan pertumbuhan ekonomi hanya empat peratus selain menangung hutang hingga 74 peratus daripada KDNK.
Bagaimanapun katanya, setelah Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih pemerintahan, pertumbuhan ekonominya meningkat 6.8 peratus pada 2002 hingga 2008.
Malah di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Taib Erdogan, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Turki mencatat mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia iaitu 8.4 peratus daripada KDNK pada 2011.
Anwar turut menempelak Umno BN kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi.
“Rekod jelas membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN,” tegasnya.
Beliau mengulangi gesaan supaya rakyat bersedia menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang di bawah pemerintahan Umno BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38389

Tapak Yang Luhur


TAPAK YANG LUHUR
(Istimewa buat Dr. Burhanuddin Al-Helmy)

Bertapak atas batas yang luhur
bersumpah lidah sufi tersohor,
disedarkannya lara bangsa
waja dirangsang tepis membantah.

Awal lagi semangat bernyala
dihembus bara merdeka bangsa.
Pagi ke malam berjuang tegap
di tengah rakyat gigih bersikap.

Bersilat atas bumi yang subur
bisik bersikap qalbu sejujur—
menyala unggun zaman yang garang
membakar tekad cekal berjuang.

Bersama bangsa bangkitlah ia
tegas perkukuh asas merdeka.

27—28, Sept, 2011—A. SAMAD SAID

Selasa, 23 Oktober 2012

The Langsaran, Cultural Game of Murut Tribe



Budaya kaum murut yang tak pernah saya lupakan. Satu tradisi permainan pada zaman kanak-kanak saya di Kg. Sugiang Lama. Kadangkala pada zaman kanak-kanak saya, majlis perkahwinan juga berlangsung di rumah langsaran ini.

Kenangan Tak Langsung

Peranan tenaga profesional


 

Kenapa semua ini berlaku kerana tiada sifat tanggungjawab, keuntungan semata-mata. Gagal mengikut specifikasi sesuatu projek. Kalau tak nyawa melayang duit rakyat melayang. Perkara begini gagal jadi iktibar kepada kerajaan, belum lagi pergi ke bangunan kerajaan lainnya dan rumah rumah pangsa/flat. Sudah tentu akan ada saja isu saluran paip sumbat dan sebagainya.

Sabtu, 20 Oktober 2012

New video: Cop points gun at protestor



Untuk minta satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih bagi sebuah negara 'demokrasi' perlu harungi situasi begini.

CHUA SOI LEK HINA HUDUD

           
Kelu lidah pemimpin UMNO tentang ucapan Presiden MCA ini. Presiden MCA ini cakap dia tak tau pasal hudud. Sama-samalah kita renungkan, sama ada kita terbelit atau dia nak belit............

Jumaat, 12 Oktober 2012

Bukalah mata, terangkan hati

Bagaimana entah kenapa atau mengapalah, harapan demi harapan, kepercayaan demi kepercayaan serta sokongan demi sokongan diberikan. Kekadang atau kadang kala ada juga berkala-kala orang-orang penting  lebih manis atau yang rasminya pemimpin peneraju pemerintah datang menabur benih-benih yang berupa harapan pengharapan kepada orang-orang segolongan ini yang terang terangan duduk di bawah bayu. Mereka-mereka dan mereka ini mengharap pengharapan itu bagai janji untuk di tepati.


Namun entah dan kenapakah pengharapan yang mereka tunggu bagai mimpi khayalan, seakan-akan itu janji dicapatikan. Sehari, seminggu, sebulan, setahun kini berdekad kepercayaan pengaharapan kerelaan yang ditenyeh pada kertas undi itu berbalas entah dan kenapa bagai sukar difikirkan, kerananya begini;