Khamis, 8 November 2012



Daging kerbau warnanya agak gelap berbanding daging lembu kemerah-merahan, rasanya juga berbeza dimana daging kerbau uratnya agak kasar manakala daging lembu halus. ( orang tua-tua kata daging kerbau kurang berbisa berbanding daging lembu, terutama kepada pesakit darah tinggi ).

ALOR SETAR: “Orang ramai diingatkan tidak keliru mengenai status daging import dari India kerana ia daging kerbau yang dijual pada harga murah, bukan daging lembu,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, ramai pengguna tidak tahu daging import India yang dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau.
Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini juga dari gred biasa membolehkannya dijual pada harga lebih rendah menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.
“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak sebagai daging lembu sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.
“Setiap tahun 80,000 tan metrik daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia popular di kalangan rakyat t berpendapatan rendah.
“Di pasaran ketika ini, daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram,” katanya.