Harimau Selatan bermula garang

Piala pertama JDT musim ini, setelah 29 tahun akhirnya piala sumbangsih milik JDT. Tahniah.

Kemarau Kejuaraan Berakhir

Dahagakan kejuaraan selama 23 tahun, pasukan bola sepak JDT akhirnya ditabalkan sebagai Juara Liga Super 2014. Tahniah TMJ dan JDT

MAQIS

Logo Malaysian Quarantine and Inspection Services, Jabatan baru dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Dua Tokoh Politik Negara Paling Berkarisma

Seorang telah pergi ke rahmatullah dan seorang lagi dikuarantin pengaruh politiknya.

Sultan Johor

Baginda bertitah GST tidak masuk akal

JDT CIPTA SEJARAH BOLASEPAK ASIA TENGGARA

JDT menjadi pasukan bolasepak pertama dari Malaysia dan juga Asia Tenggara merangkul Piala AFC.

PEREYRA DIAZ

Setelah beria ia kembali pada pasukan JDT. Pemain tiada disiplin ini akhirnya belot terhadap pasukan JDT.

Kehilangan MH370 pesawat MAS

Dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada 8hb Mac 2014. Pesawat yang menuju ke China tersebut membawa 239 penumpang.

Import Keempat Harapan JDT 2016

Pemain yang berasal daripada Argentina ini menjadi pertaruhan dan harapan JDT untuk perkuatkan pasukan.

Zika Virus

Tiba-tiba virus ini menular di seluruh dunia. Malah virus ini memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Sabtu, 24 November 2012

JKKK mengamuk ahli UMNO sertai PAS di Melaka

Komen saya JKKK ini tak faham apa itu demokrasi...

Perkara - perkara yang boleh menjadikan isteri derhaka

Terdapat banyak perkara yang boleh menjadikan wanita itu disifatkan derhaka kepada suaminya. Dirujuk seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah, Iaitu pertamanya, menghalang suami dari bersuka -suka dengan dirinya sama ada untuk berjimak (bersetubuh) atau menyentuh mana -mana bahagian tubuhnya.

Halangan isteri sama ada dengan perlakuannya mahupun kata -katanya. Perlakuan seperti menepis, mengelak dari disentuh oleh suami atau apa saja perlakuan sedangkan tiada alasan yang munasabah untuk isteri berbuat demikian. Ataupun jika dengan kata - kata seperti menghina, mengeji dan memburuk-burukkan suami.

Contoh seperti isteri berkata "Tangan awak ni macam tangan monyet bila pegang saya. Atau "Bila awak sentuh saya, terasa digigit semut api sakit rasanya."

Firman Allah:"Isteri kamu adalah ladang kamu. "Adalah harus dan halal perlakuan bersama di antara suami ke atas isteri dan begitu sebaliknya. Tiada hak tubuh badan suami atau isteri kecuali dalam hubungan suami isteri. Tidak halal kepada orang lain kecuali yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu dengan menghalalkan berjimak, maka wajib terhadap suami menafkahkan isterinya.

Kedua, perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin suami sama ada berada dirumah ataupun tidak, juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Jelas di sini adalah, perlulah isteri mengutamakan suami sekalipun untuk keluar rumah. Meminta izin ataupun sekadar memaklumkan kepada suami ke mana mahu pergi dan bila masanya. 

Rasionalnya, suami yang prihatin dan faham, akan berasa dirinya diberi keutamaan dan perhatian oleh isterinya. Sudah pasti dia akan rasa dirinya dihargai. Tidak dibelakangkan oleh isterinya. Begitu jugalah jika mampu, suami akan memaklumkan dan mengkhabarkan kepada isterinya ke mana tujuan keluarnya.

Dijelaskan perbuatan ini dilakukan sekalipun suaminya berada dirumah adalah jelas, agar suami tidak akan mempersoalkan tindakan isterinya itu, apatahlagi jika suami tiada di rumah, maka lebih -lebihlah lagi keizinan suami diperlukan. Banyak hadis panduan dan kisah teladan dapat dirujuk bagi panduan dalam hal ini. Antaranya dikisahkan bagaimana taatnya seorang isteri tidak membelakangkan suaminya, sekalipun suaminya tiada di rumah, tetap akur dengan ketaatannya tidak keluar rumah sekalipun ayahnya meninggal, dan pelbagai lagi kisah lain sebagai teladan dan panduan isteri-isteri solehah.

Sebaliknya jika kebenaran juga diperlukan dalam tujuan keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain. Dibolehkan keluar untuk berlajar ilmu fardu ain jika suaminya tidak mampu mengajar. Walhal suami sepatutnya faham dan pengetahuan dalam persoalan berkaitan isterinya. Suami perlu tahu antaranya berkaitan darah isteri, cara dan panduan beribadah isterinya kerana suami disini wajib menunjuk ajar dan mendidik isterinya, maka memadailah hanya suami sahaja yang memberi pengetahuan ini kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak tahu dan tiada pengetahuan, suami tidak boleh menghalang isteri dari keluar untuk berlajar perkara tersebut. Maka isteri boleh keluar rumah dalam tujuan diatas.

Ketiga, isteri yang enggan berpindah bersama suaminya. Sifat engkar dan enggan adalah derhaka. Sedangkan hak ketaatan adalah kepada suaminya. Makan di mana sahaja ajakan suami, isteri tidak sewajarnya membantah, kecuali jika tujuan tersebut lebih buruk dari apa yang ada sekarang. Sikap enggan isteri ini ada kalanya betul dan boleh diterima.
Keempat, Isteri mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

Kelima, memasam muka ketika berhadapan dengan suami. Oleh itu, janganlah isteri melakukan perkara ini yang boleh menyakiti hati suaminya.

Keenam, minta talak, walhal tiada masalah yang berlaku. Contohnya minta cerai kerana minat dengan lelaki lain. Maka dalam situasi ini, isteri sememangnya derhaka, malah islam dalam hal ini menggesa suami tidak menyimpan isteri yang berlakuan sebegini .

Ketujuh, berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

Kelapan, menyakiti hati suami sama ada dengan perkatan atau perbuatan.

Kesembilan, meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

Kesepuluh, membenarkan orang lain masuk kedalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. Terutamanya individu yang buruk perangainya atau akhlaknya. Larangan ini juga jelas terhadap membenarkan juga lelaki berada di rumah sedangkan suami tidak pula tahu.

Oleh itu, dengan adanya punca dan sebab yang seringkasnya di nyatakan diatas, perlulah dijauhi oleh para isteri. Agar tiada punca dapat dikaitkan dengan dirinya. Sentiasa mengabdikan diri, jiwa dan raga hanya untuk suami. 

Sebagai panduan, jadikan pesanan Asma' binti Kharizah Fazariy kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya sebagai teladan kita, panduan untuk belayar di tengah lautan, katanya: "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau di besarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain .Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu."


Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Selasa, 20 November 2012

Doa Yang di persoalkan.

Komen saya, dah namanya solat hajat.

Sabtu, 17 November 2012

TEORI KEDATANGAN ISLAM


KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
3.1 TEORI KEDATANGAN ISLAM
  • Terdapat sarjana yang melihat teori kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui 3 peringkat utama iaitu;
i. melalui kedatangan pedagang melalui India
ii. melalui kedatangan pedagang melalui China
iii. Islam datang secara langsung dari Semenanjung Tanah Arab

  • Namun ketetapan telah dibuat iaitu Islam telah datang ke Alam Melayu sejak zaman Khalifah Ar-rasyidin lagi tetapi melalui perantara. Perantara yang dimaksudkan ialah pedagang-pedagang dari China dan India yang datang berdagang ke Alam Melayu.


3.2 PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Apabila membincangkan penyebaran Islam di Alam Melayu, ianya tidak dapat lari daripada membincangkan 2 faktor penting yang membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu iaitu;
i- Peranan golongan-golongan penyebar Islam yang terdiri daripada;
      • golongan bangsawan
      • peranan kerajaan-kerajaan Islam
      • golongan mubaligh
      • ulama dan ahli sufi
      • pedagang asing
ii- Ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama Islam itu sendiri seperti;
      • Islam tidak memaksa masyarakat Alam Melayu supaya menerima ajarannya, sebaliknya menyerahkan kepada setiap individu sama ada mahu menerimanya atau tidak
      • agama baru ini boleh mengasimilasikan ajarannya dengan budaya masyarakat Melayu yang telah sebati dalam diri mereka
      • Islam merupakan agama yang sederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu.


3.3 PUSAT-PUSAT TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA


(a) Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai
(b) Melaka dan Aceh
(c) Brunei, Sulu, Mindanao dan Pattani
(d) Kerajaan Islam lain : Demak, Pajam dan Mataram di Jawa,
: Banjar di Borneo dan
: Campa di Indo China

3.3.1 PASAI (1250-1524 M)
    • Kerajaan Pasai lebih dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu (Sultan Malik al-Salih).
    • Pasai merupakan zaman kegemilangan Kesusasteraan Melayu memandangkan sistem tulisan BM (tulisan Jawi) telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu.
    • Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan ketinggian pemikiran bangsa Melayu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti;
i. Hikayat Nur Muhammad
ii. Hikayat Bulan Berbelah
iii. Hikayat Nabi Bercukur
iv. Hikayat Nabi Wafat dan sebagainya.

    • Hikayat Raja Pasai (HRP) pula merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui bebarapa dimensi iaitu;
i. Sistem Kepercayaan
    • Agama Islam telah menjadi teras kepercayaan masyarakat Melayu.
ii. Politik dan Pentadbiran
    • Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kebanyakan kerajaan Melayu tradisi.
iii. Sosial dan budaya
    • Masyarakat Melayu mempunyai hierarki sosialnya yang mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa.
    • Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat Melayu seperti adat menyambut kelahiran putera raja, adat pertabalan raja dan sebagainya.
iv. Sumber Ekonomi
    • Hikayat Raja Pasai menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.
    • Kesimpulannya, Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Umpamanya Kitab Durr al-Mandhum telah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam BM atas perintah Sultan Mansur Syah.


3.3.2 MELAKA (1400-1511 M)

    • Melaka muncul sebagai sebuah kuasa atau empayar yang terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai;
i. pusat penyebaran agama Islam
ii. pusat perdagangan
iii. pusat perkembangan Bahasa Melayu

    • Melalui dimensi (i), Melaka muncul sebagai pusat agama Islam terpenting di Aia Tenggara menjelang pertengahan abad ke-15. Pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka.
    • Antara cara-cara penyebaran agama Islam di Melaka ialah melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh/pendakwah.
    • Melalui dimensi (ii) pula, Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang sibuk dan maju disebabkan oleh keudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur-Barat. Empat orang Syahbandar telah ditugaskan untuk menyediakan kemudahan bagi aktiviti perdagangan dan juga memungut cukai. Dengan erti kata lainnya, Melaka ketika itu telah mempunyai sistem ekonomi yang sistematik dan teratur.
    • Manakala melalui dimensi (iii), ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan peranan Melaka menerusi dimensi (i) dan (ii) sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. BM telah menjadi bahasa pendakwah yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam. BM juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan. BM telah dituturkan oleh pedagang-pedagang asing untuk berkomunikasi sama ada dengan pihak pemerintah mahupun sesama mereka.
    • Kesimpulannya, BM telah mencapai martabat yang tinggi pada zaman Melaka ekoran daripada peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat kegiatan perdagangan. Melaka muncul sebagai pusat perkembangan BM yang terulung dan ini jelas mencerminkan ketinggian ketamadunan masyarakat Melayu pada ketika itu.

BENARKAH ORANG BUNIAN ITU WUJUD?

 Dipetik daripada buku ‘Menjawab Persoalan Makhluk Halus Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan’ oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.

Soalan:
Adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut sebagai orang atau adakah mereka termasuk dalam golongan makhluk halus?

Jawapan:
Makhluk halus yang dikenali sebagai jin, syaitan, iblis, Ifrit dan sebagainya telah jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Dalam surah al-Ahqaf ayat 29, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin dating kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka mengahadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain), ‘diamlah kamu dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaannya!’ kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran al-Quran itu dengan )memberi peringatan dan amaran.

Mengenai istilah orang bunian ataupun bunian, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah memfilemkan perihal masyarakat bunian.

Pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Kesahihan cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT yang lebih Mengetahui.
Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi SAW menyebut bahawa terdapat makhluk halus yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dengan perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai ‘Amir atau ‘Umar yang tinggal berhampiran dengan manusia.
 Dalam suatu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah.

Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.

Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.
Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:

Maksudnya: “Khurafah (bercakap) benar.”

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.

Saya menyebutkan kisah ini kerana saya melihat perkara yang berlaku ini mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya, mereka boleh melakukan sama seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat bunian adalah satu kelompok masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh perihal orang bunian, perkara ini menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu. Sehingga kini masyarakat bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau, melaungkan azan, mangaji al-Quan dan sebagainya. Masyarakat Melayu mengaitkan masyarakat bunian dengan jin Islam.

Islam mengakui kewujudan jin Islam. Hal ini disebutkan dalam surah al-Jin.surah tersebut menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk jalan yang lurus dan mereka telah beriman. Jin juga mengaku daripada kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Oleh itu, memang ada kemungkinan masyarakat bunian ini seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya, ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat awal Islam pada zaman Rasulullah SAW di Madinah, itu pun wujud golongan munafik daripada kalangan orang Islam. Seperti dalam masyarakat kita pada hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik, Islam munafik dan sebagainya.
Kesimpulannya, tidak mustahil masyarakat bunian sama seperti masyarakat manusia.

Wallahu a’lam…

Jumaat, 16 November 2012

Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ?.. siapa benarkan ni?

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES). 

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ. 

“Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. “Letak logo JPJ, nama ‘Automated Enforcement System’ sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?” katanya di lobi Parlimen. 

Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan. 

Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman. 

Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini. 

“Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun. 

“Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah. 

“Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik,” katanya. 

Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2). 

Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas. 

Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500. 

“Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam. 

“Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam,” jelasnya. Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian. 

Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan.

Komen saya, mungkin kerajaan nak buat transformasi perkhidmatan awam kepada perkhidmatan awam swasta kot....asal boleh....

Mubarak gesa anggota Islam PKR keluar parti

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini menggesa ahli PKR yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka dalam parti itu berikutan kenyataan kontroversi Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berhubung dengan kebebasan beragama. Ketua Penerangan Mubarak Abdul Rahmman Sulaiman berkata ahli-ahli PKR beragama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubat atau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbuat demikian. “Mengapa Nurul Izzah enggan menarik balik kenyataannya, adakah dia percaya dengan kenyataan yang dibuatnya,” kata beliau. Mufti berkenaan dilaporkan semalam menasihatkan Nurul Izzah bertaubat serta menarik balik kenyataan berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini kerana ia mengelirukan dan membawa implikasi kepada akidah. Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?”. Sebelum ini, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga menyifatkan kenyataan Nurul Izzah mengelirukan serta beliau meminta anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya bertaubat. Anwar mendakwa kenyataan anaknya telah diputarbelit oleh media pro kerajaan tetapi seorang peserta forum itu yang merupakan seorang peguam tampil menyatakan bahawa Nurul Izzah memang membuat kenyataan itu yang berbangkit daripada soalan beliau seperti dilaporkan dan dirakam. Abdul Rahman berkata semua orang Islam harus menjaga kemurnian akidah termasuk ahli-ahli PKR yang beragama Islam. “Kalau ahli-ahli PKR hendak menjaga akidah, mereka tiada pilihan lain kecuali memikirkan semula kedudukan mereka dalam parti tersebut,” kata beliau.

Komen saya, bercakap soal agama ni biar adil. Bukan kerana pembangkang riuh se Malaysia, bila dari BN  senyap seribu bahasa. Kalau pihak-pihak tertentu dan ulama sendiri pilih kasih dalam menegur bab-bab agama ni, itu kena bertaubat jugalah. 

Kaki Kipas?

Perlakuan sebegini  kadangkala akan berlanjutan kepada rasuah atau duit kopi. Perlakuan sebegini juga ada di semua peringkat, dari keluarga hinggalah ke sistem pemerintahan kerajaan, akan ada saja mereka-mereka yang kaki kipas ini. Biasanya kalau dalam sistem perkhidmatan atau pekerjaan apa pun, orang-orang sebegini manis mulut, idea berapi-api tapi ideanya hampe belaka, golongan ini juga pandai berlakon kerana mereka akan menonjolkan diri bila ada bos di depan, sebaliknya di belakang bos orang-orang sebegini hanya tau mengarah.

Isnin, 12 November 2012

Bila Orang politik Berkata-kata



Villagers come together to repair road and bridge


Keningau: Villagers in Kg Pohon Batu and Binanon here have come together to repair damages on their main access road and bridge, which were affected during a flash flood earlier this week.
They have come together in an effort to reduce dependency on government aid, after the flood incident affected some teachers who were about to return to their respective homes for the holidays.
A teacher at SK Pohon Batu, Juanis Sandiang, said villagers have displayed good cooperation during the two-day "gotong-royong", which also gave them an opportunity to display their repair skills.
"The work has been tiring but brought relief to all road users," he said.
The road is frequented by locals and teachers from the villages to reach Keningau town, especially teachers and farmers who wanted to sell their produce in Keningau and Nabawan, after it was left by a logging firm.
The road is exposed to risks like landslides and mud, during the rainy season.
"The spirit of not being too dependent on the Government has become a strong practice among the people here, we have succeeded to solve the problem," Juanis said.
Kg Pohon Batu and Binanon are located about 50km from the Pensiangan forest, which is a remote area populated by the Murut.

Saham FGVH jatuh lagi?


KUALA LUMPUR 12 November: Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) merosot ke paras paling rendah sejak disenaraikan pada 28 Jun lalu.
Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.60 pada 9 November, hanya 5 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham.
Pagi ini, saham FGVH terus merosot ketika diniagakan pada pukul 10.46 di paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari.
Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebim Birham mendakwa kejatuhan saham FGVH telah dijangka sejak awal berdasarkan penyenaraian yang tidak telus serta menggunakan secara ‘paksa’ tanah-tanah peneroka sebagai modal.
“Pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tindakan politik dan bertujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik.
“Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan. Pelabur antarabangsa yang dijangka akan masuk pula tidak berminat apabila mendapati senario politik tidak lagi menyebelahi BN.
“Bagi menyekat kejatuhan berterusan ini, kita desak Pengerusi Felda Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas penyenaraian meletak jawatan segera agar tempatnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih berkelayakan,” kata Rebin ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula berkata kepada Harakah Daily, kejatuhan berterusan saham FGVH menambah penderitaan peneroka yang sebelum itu telah diperdaya membeli saham tersebut.
“Jika harga saham RM4.78 pun dikira peneroka sudah rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif,” katanya.
Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham, akhirnya mereka bukan menikmati durian runtuh tetapi menghadapi malapetaka.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39341

Jumaat, 9 November 2012

Bersangka Baik


Assalamu'alaikum..
Untuk pengetahuan ustaz..saya sering mencari salah suami..suatu hari saya ada membaca mesej dlm handset suami dan menuduh yg bukan2 pada suami..sdangkan apa yg saya katakan tu silap dan tidak masuk akal..lalu suami baran teramat sgt lalu terlepas ckp 'kalau tengok handset abg lagi jatuh talak'...utk pengetahuan ustaz ketika itu saya sakit dan kami terkena santau pemisah dan masih didalam rawatan perubatan...soalan saya sejauh mana jatuhnya talak itu ustaz...kalau saya cuba nk tgk tapi tak boleh sbb dah lock adakah jatuh talak itu...dan juga kalau handset suami berbunyi lalu saya terpandang adakah jatuh talak juga ustaz...harap dapat membantu.. trima kasih wassalam.

Jawapan

Islam telah mengajar kita supaya bersangka baik (husnuzon) kepada orang lain, jangan sesekali bersangka buruk kerana bersangka buruk itu boleh timbul fitnah. Selain dari itu juga ia boleh menyebabkan hubungan sesama Islam putus dan berpecah belah. Tidak salah kita bersangka baik kepada orang lain dan ia tidak merugikan kita. bila bersangka baik, secara automatik hubungan kita akan jadi baik dan mesra dengan orang tersebut. Firman Allah SWT :

 “Dan janganlah Engkau mengikut apa yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Setiap apa yang kita ragui selidikilah dahulu dengan bertanya kepada orang tersebut, agar kita memperolehi jawapan atas keraguan kita. Jangan pula bertanya kepada musuhnya yang sudah pasti jawapan mereka akan mengiyakan apa yang kita ragui. Seperti situasi politik sekarang, orang yang dituduh liwat, berzina, politik dan sebagainya tidak dirujuk kepadanya. Malah dirujuk kepada seteru politiknya, sudah pasti jawapan yang kita perolehi buruk dan fitnah. Perbuatan fitnah adalah satu kesalahan yang paling besar dengan dosa-dosa yang lain. Firman Allah SWT :

 “Dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan” (Al-Baqarah : 191)

Sepatutnya suami dan isteri tidak perlu ada apa-apa perasaan yang negatif terhadap pasangannya, kerana perasaan tersebut akan membuatkan hubungan mereka menjadi tidak selesa dan tidak harmoni. Ini boleh menyebabkan timbul rasa tidak selesa di antara pasangan dengan kita, lama-lama boleh menyebabkan rasa bosan dan boleh berlaku pergaduhan dan penceraian. Menjadi binasa ialah anak-anak yang tidak tahu apa-apa, mereka hilang kasih sayang dari ibu bapa dan hidup mereka diabaikan. Maka mereka mencari ketenangan dan keseronokan di luar rumah kerana mereka menganggap rumah itu adalah neraka bagi mereka. Timbullah masalah sosial dikalangan anak-anak yang terbiar dari kedua ibu bapa disebabkan pergaduhan dan mementingkan diri masing-masing.

Dari mula kita menerima pasangan kita semasa bercinta sehingga berkahwin dengan mengatakan “saya terima awak seadanya, segala kelemahan dan kecacatan awak itu juga saya terima. Kita teruskan hubungan dengan apa cara sekali pun walaupun berbagai rintangan dan dugaan yang perlu kita hadapi.” Bila renung kata-kata ini ibarat seperti ikrar seorang anggota komando yang sanggup mati di medan perang demi mempertahankan negara tercinta ini. Bila dah kawin semua ini menjadi basi dan semua kenangan yang ada tidak lagi manis malah semua menjadi pahit.

Masalah lafaz taklik pula, sebenarnya lafaz tersebut berlaku sampai bila-bila walaupun talipon tersebut tidak boleh dibuka. Hal ini merujuk kepada lafaz taklik suaminya “bila tengok hanset jatuh talak”. Kalau niat suami hanya hensetnya sahaja, maka lain-lain henset tidak dikira dan awak boleh lihat henset lain dari henset suami anda. Jika suami niat semua henset yang ada walaupun bukan hensetnya, maka awak tidak boleh lihat semua henset termasuk henset awak sendiri.

Tempoh masa tidak disebut oleh suami anda, jadi ia berlaku sampai bila-bila sehingga jatuh talak taklik itu apabila awak melihat henset. Jumlah talak yang jatuh ialah satu dan dihitung dengan jumlah talak yang pernah diberi oleh suami sebelum ini. Jika ia sudah cukup 3 kali talak, maka suami tidak boleh lagi rujuk kembali dengan bekas isterinya kecuali berlaku perkahwinan dengan lelaki lain dan bercerai tanpa adanya paksaan dan rancangan seperti cina buta.

Nasihat saya, dapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Agama Islam yang berdekatan tentang masalah awak dan suami awak ini. Ini bertujuan untuk anda dan suami mendapatkan kepastian tentang lafaz taklik yang diberikan oleh suami.

Dr Asri: Kenyataan Izzah mungkin disalah tafsir


SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.

Khamis, 8 November 2012



Daging kerbau warnanya agak gelap berbanding daging lembu kemerah-merahan, rasanya juga berbeza dimana daging kerbau uratnya agak kasar manakala daging lembu halus. ( orang tua-tua kata daging kerbau kurang berbisa berbanding daging lembu, terutama kepada pesakit darah tinggi ).

ALOR SETAR: “Orang ramai diingatkan tidak keliru mengenai status daging import dari India kerana ia daging kerbau yang dijual pada harga murah, bukan daging lembu,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, ramai pengguna tidak tahu daging import India yang dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau.
Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini juga dari gred biasa membolehkannya dijual pada harga lebih rendah menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.
“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak sebagai daging lembu sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.
“Setiap tahun 80,000 tan metrik daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia popular di kalangan rakyat t berpendapatan rendah.
“Di pasaran ketika ini, daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram,” katanya.

Oklah Restoran 1 Malaysia


Beberapa hari lepas, saya berkesempatan singgah bersarapan di restoran rakyat 1 Malaysia Kuala Lumpur. 4 kali pusing baru dapat parking yang berhampiran. Semuanya kena layan diri, maksudnya air teh pun kita kena ambil sendiri. Singkatnya semua kita kena ambil sendiri, macam dalam rumah semua dah dimasak kemudian kita ambil sendiri. Dari segi rasa, bagi saya yang tak kisah, oklah. Mungkin sebab harganya murah kot. Tehnya kerana kita ambil sendiri 60 sen saja. Roti canai kosong 40 sen.

Queen

Isnin, 5 November 2012

Sabah to make plea on Labuan bridge: CM

Kuala Penyu: The State Government hopes the Federal Government will study the possibility of building a bridge linking the Federal Territory of Labuan and Menumbok, on the mainland. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the State would submit a proposal for the construction of the bridge to the Federal Government."Construction of the bridge can indirectly contribute to the economic growth of Menumbuk, Kuala Penyu and Labuan," he added. He said this in response to a statement by Federal Territory and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin that the government was looking into ways to shorten the travelling distance between Menumbok to Labuan. However, Raja Nong said although the Government had agreed to do a study on the feasibility of such a project, it was not made as a promise. His statement was criticised by various quarters, including the opposition, which said the bridge proposal was discussed for 15 years and abandoning it was like dropping a bombshell to the island's 90,000 residents and countless others on the mainland. More so when RM5 million was spent on a joint study involving Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Malaysia Sarawak whose findings showed that a bridge was essential in view of the unpredictable and poor ferry service and coupled with the limited access to the duty-free island. Meanwhile, Musa said the Government has never neglected the fishing community in Sabah and is committed to develop the state's fishing industry. Musa, who is also the State Finance Minister, said various incentives were made in the national and state budgets to lift the living standard and well-being of the fishing community. This included bringing in modern technology from the west to develop the state's fishing industry for the benefit of local fishermen. As such, the people should appreciate efforts made by the Government to transform the fishing industry, he said when opening the Fishermen's Festival at Pantai Mempakul, Menumbok here. Musa advised the fishing community there to not be influenced by the claim made the opposition parties that they were left out in the country's mainstream development.

Empangan bekal air ke sawah padi tidak berfungsi jejas 33 petani

KENINGAU: Empangan yang membekal air sawah padi Kampung Penagatan Laut yang tidak berfungsi akibat pengorekan batu pasir di Sungai Pegalan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan sawah 33 petani membabitkan keluasan kira-kira 75 ekar kering kontang pada musim ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Penagatan Laut, Lahamin Wasibin, berkata empangan yang tidak berfungsi itu menyebabkan padi yang telah ditanam pada musim ini terjejas dan sebahagiannya tidak tumbuh kerana ketiadaan saliran air. Beliau mendakwa saliran air ke sawah padi penduduk tidak berfungsi disebabkan kegiatan mengorek batu pasir oleh salah sebuah syarikat kuari di Sungai Pegalan. “Padi yang ditanam oleh petani pada musim ini tidak menjadi kerana tidak mendapat bekalan air disebabkan saliran air tidak berfungsi,” katanya kepada New Sabah Times di sini kelmarin. Justeru Lahamin yang prihatin dengan masalah anak-anak buah jagaannya meminta pihak yang berkenaan terutama Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya memantau kegiatan syarikat kuari yang menjalankan kegiatan mengorek batu pasir di Sungai Pegalan berhampiran Kg. Penagatan Laut.“Perkara ini perlu perhatian dan tindakan segera kerana ia membabit kepentingan petani yang bergantung pada hasil padi untuk menampung sumber beras mereka,” tegas Lahamin. Lahamin yang juga Ketua Cawangan Umno Kg. Penagatan Laut berkata, beliau sudah mempunyai senarai lengkap petani yang terlibat untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.“Sebagai pemimpin diperingkat kampung yang terlibat dengan masalah ini, saya tidak menekan Jabatan Pengairan dan Saliran kerana jabatan ini sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik tetapi apabila kegiatan mengorek batu pasir di pesisir Sungai Pegalan yang menjadi sumber saliran air ke sawah penduduk dijalankan tidak mengikut perundangan menyebabkan masalah itu timbul,” jelas Lahamin. Beliau menambah, sistem saliran sudah ada tetapi air tidak mengalir kerana sistem saliran terjejas akibat hakisan tebing Sungai Pegalan kerana operasi syarikat kuari.